suria

[VIDEO] Dengan wajah sedih Vida minta maaf dakwa Anuar Zain ‘gay’

Vida menyimpan hasrat untuk bertemu sendiri dengan Anuar.

SETELAH teruk dihentam netizen kerana mendakwa Anuar Zain bernafsu songsang, usahawan kontroversi Datuk Seri Vida akhirnya mengalah dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi itu dan anggota keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Vida atau Hasmiza Othman, 50 berkata kenyataannya sebelum ini hanyalah berbentuk gurauan tanpa niat tertentu.

“Assalamualaikum semua, saya Datuk Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan dan mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana anggap Vida biadab gelar Anuar Zain ‘gay’, netizen suruh mohon maaf

“Peminat dan keluarga Anuar Zain, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud dan berniat, mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja.

TONTON VIDEO VIDA MOHON MAAF!

“Saya tidak boleh mengingati semula apa yang saya cakap tu kerana perkara itu sudah lama sebenarnya. Baru sekarang ini muncul, jadi apa pun saya minta maaf," katanya.

Pada Selasa, Vida menjawab pertanyaan seorang pengikut di Instagram miliknya yang meminta dia memikat penyanyi lagu Lelaki Ini berkenaan.

Bagaimanapun jawapan Vida secara berbisik seakan berbunyi ‘kay’ atau ‘gay’ yang kurang jelas mengundang rasa kurang senang netizen.

Saya sangat meminati Anuar Zain... saya minat sangat lelaki ini.

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN

Lebih mengundang kemarahan ramai apabila Vida berdolak-dalik dengan mengatakan yang dia tidak menyebut perkataan ‘gay’ tetapi ‘okey’.

Dalam pada itu Vida berkata dia menyimpan hasrat untuk bertemu sendiri dengan penyanyi lagu Lelaki Ini berkenaan bagi menyatakan permohonan maaf.

"Saya tidak berniat langsung dan saya meminati sangat Anuar Zain. Saya minat sangat lelaki ini.

"Maafkan saya rakyat Malaysia... saya harap sangat dapat jumpa Anuar in person," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain