suria

[VIDEO] Suami pasang dua ‘bodyguard’ jaga Nynaa Harizal, risau insiden acu pistol berulang

MELALUI fasa kontroversi apabila dilarikan bapa sendiri pada tahun lalu, pelakon Nynaa Harizal kini terus dikawal rapi dua pengawal peribadi.

Menurut suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 30, tragedi hitam yang melanda rumah tangga mereka pada 2 November tahun lalu cukup membuatkan dia lebih berhati-hati tentang keselamatan Nynaa.

"Kalau ada orang keluarkan pistol, saya terpaksa ada pengawal peribadi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nynaa Harizal letak 7 syarat nak jumpa suami, Fahmi syak isu kewangan jadi punca mentua masuk campur hal rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Suami Nynaa Harizal fail tuntutan rayu isteri kembali taat, banyak berdoa pada Allah... Bapa mentua pula didakwa acu pistol

Fahmi yang merupakan seorang ahli perniagaan mengulas tentang kehadiran dua orang pengawal peribadi yang menemani mereka ketika hadir sebagai tetamu dalam majlis sidang media program Mic On di Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada November tahun lalu Nynaa atau Nurul Hanynaa Harizal, 26, dan Fahmi berdepan ujian dalam perkahwinan apabila mereka dipisahkan selama 24 hari selepas pelakon Kekasih Paksa Rela itu dibawa ke rumah keluarganya di Johor.

SDAWEA

Nynaa Harizal kini terus dikawal rapi dua pengawal peribadi.

Dalam tempoh berkenaan Nynaa sempat memfailkan penceraian terhadap suaminya selain Fahmi sendiri mengemukakan tuntutan di mahkamah agar isterinya kembali taat.

Bagaimanapun pada 1 Disember lalu pasangan ini mencapai kata sepakat untuk kembali berbaik dan hidup sebagai pasangan suami isteri.

Mengulas lanjut tentang dugaan yang melanda rumah tangga yang dibina pada 28 Ogos tahun lalu, Nynaa berkata dia lega apabila kontroversi berkenaan berakhir dengan baik namun menyifatkan ia sebagai satu mimpi ngeri.

Kalau ada orang keluarkan pistol, saya terpaksa ada pengawal peribadi.

FAHMI ILYAS

SUAMI NYNAA

“Apa yang terjadi bagaikan nightmare bagi saya.

“Sejak awal pembabitan dalam industri tak pernah ada kontroversi. Tak sangka perkara ini berlaku.

“Saya berkahwin dan ingin bahagia seperti orang lain,” katanya.

Kembali menjalani kehidupan bahagia bersama suami, Nynaa bagaimanapun mengakui masalah yang timbul sebelum ini ada membabitkan keluarganya.

“Betul ada masalah keluarga. Pada ia adalah sesuatu yang normal apabila timbul masalah... lama kelamaan ia akan berbaik juga,” katanya.

Sementara itu Fahmi menyifatkan konflik yang timbul adalah sesuatu yang sangat memalukan.

Nynaa-Harizal (1)

Nynaa mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Fahmi pada 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun sebagai seorang suami, dia sanggup berbuat apa sahaja demi mempertahankan rumah tangga mereka.

“Kejadian yang berlaku sangat rumit kerana melibatkan banyak pihak.

“Kami menjalani hidup seperti biasa sekarang. Kami faham kerja masing-masing dan batasan yang perlu dijaga sebagai suami isteri.

“Jika ada yang ingin berbuat perkara tidak baik dengan kami di masa akan datang, insaflah sikit,” katanya.

Untuk rekod bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 11 November tahun lalu atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki.

Berdasarkan pertuduhan, Harizal didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry Mohd Yusoff, 25, yang merupakan pengawal peribadi Nynaa dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain