suria

[VIDEO] Suami Nynaa Harizal fail tuntutan rayu isteri kembali taat, banyak berdoa pada Allah… Bapa mentua pula didakwa acu pistol

SELEPAS hampir dua minggu Nynaa Harizal didakwa keluar rumah tanpa kebenaran, suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolang Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pelakon ‘Kekasih Paksa Rela’ dilarikan ibu bapa semasa penggambaran drama, suami repot polis

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nynaa Harizal kongsi video main basikal dengan mata sembap, netizen syak isu rumah tangga belum selesai

Berdasarkan dokumen yang dikongsikan kepada mStar, isterinya iaitu Nurul Hanynaa Harizal, 25, selaku defendan diperintah kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur dengan segera.

Permohonan itu bertujuan menyelamatkan pernikahan mereka dan Nynaa kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.

Mohamed Fahmi ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata dia bersedia pada bila-bila masa menerima kepulangan isterinya itu.

Nynaa2

Nynaa didakwa diculik bapa sendiri pada 1 November lalu.

"Saya sentiasa ada untuk awak. Awak boleh hubungi saya bila-bila masa... saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat.

“I love you sayang! Saya harap awak kuat, banyakkan berdoa kepada Allah dan berzikir. Saya menghitung hari untuk berjumpa awak... jangan berhenti berdoa setiap hari,” katanya.

Dalam prosiding itu, Mohamed Fahmi diwakili peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Disember depan untuk sebutan semula kes terhadap permohonan itu.

I love you sayang! Saya harap awak kuat, banyakkan berdoa kepada Allah dan berzikir.

MOHAMED FAHMI

SUAMI NYNA HARIZAL

Sementara itu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pula, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim, 49, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

Harizal yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali, pada Khamis.

Berdasarkan pertuduhan, Harizal didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07.

suami nynaa

Mohamed Fahmi diwakili peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (kiri).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi pada tarikh berkenaan.

Mahkamah mengenakan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember depan untuk sebutan kes berkenaan.

Pada 3 November lalu mStar melaporkan Mohamed Fahmi tidak mengetahui keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa kini berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya pada 2 November lalu.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain