suria

Pakai tudung hitam dan eyeliner ‘auto’ jadi macam Mia Sara? Netizen kecam sampai trending di Twitter

Mia Sara dikecam gara-gara status Twitter.

GARA-GARA memuat naik status berasa penat apabila sering disamakan dengan individu lain, pelakon Mia Sara menerima kecaman sehingga namanya trending di Twitter.

Menerusi perkongsian Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 16, dia meluahkan rasa pelik apabila netizen sering meletakkan pautan akaunnya pada mana-mana individu yang memakai tudung hitam dan 'eyeliner'(pembayang mata) sama sepertinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Sara luah hasrat berhenti berlakon, mahu jadi bintang Youtube - “Saya dah penat dengan perkara tak masuk akal sekeliling kerjaya ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Mia Sara Bengang Anak Dituduh Hipokrit

"Kenapa setiap wanita yang memakai tudung hitam dan eyeliner kelihatan seperti saya. Saya penat sering dipautkan (tagged) kepada random girls di Tiktok" tulisnya di Twitter.

Status yang ditulis pada Rabu itu menerima lebih 400 ulang kicau dan 3,000 tanda suka.

Apa yang cuba saya sampaikan ialah mereka cantik seperti diri mereka

MIA SARA

PELAKON

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan status tersebut dan menganggap pelakon tersebut tidak gemar gayanya ditiru wanita lain.

"Mia Sara dikecam warga Twitter kerana menggelarkan dirinya 'trendsetter' namun netizen tidak berpuas hati.

"Kalau aku pakai eyeliner dengan tudung hitam muka aku macam Miar Sara ke?

"Yang ada TikTok tu kau nak tanya aku nampak macam Mia Sara ke?" antara komen netizen.

mia5

Mia Sara buat penjelasan di Twitter.

Bagaimanapun, Mia tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataannya dan memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan perkara tersebut.

"Saya minta maaf, anda salah faham dengan kenyataan saya. Ini memang salah saya.

"Apabila saya baca semula apa yang saya tulis, saya mungkin akan buat perkara sama macam anda.

"Saya hanya menulis secara sarcastic kepada sesiapa yang tag saya samakan dengan perempuan lain hanya kerana mereka memakai tudung hitam dan ayeliner, saya rasa itu salah.

"Apa yang cuba saya sampaikan ialah mereka cantik seperti diri mereka. Kalau anda tidak setuju dengan pendapat saya, saya okey sahaja kerana semua ada pendapat sendiri," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain