suria

Elak rungutan pemenang wajah sama setiap tahun, kategori utama AME 2021 akan diadili juri

Antara artis yang tercalon kategori BBNU Meletop.

ANUGERAH MeleTOP Era edisi kelapan (AME 2021) yang akan berlansung pada 30 Januari 2022 di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menampilkan kelainan apabila kategori utama akan diadili juri profesional.

Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, berkata, tindakan itu bagi mendapatkan keputusan yang adil tanpa sebarang rungutan rasa tidak puas hati peminat.

"Kelainan besar yang bakal kami tampilkan pada tahun ini adalah bagi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP akan turut diadili oleh juri. Ia berikutan kami tidak mahu mendengar rungutan seperti wajah sama saja yang menang setiap tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: AME 2021 gugurkan kategori Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP, perkenal 3 kategori baharu untuk BBNU

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana dan Haqiem Rusli paling MeleTOP AME 2020

"Jadi kali ini, kami nak lebih tulus dengan adanya kehadiran juri yang akan menguatkan lagi pemenang yang layak," kata Norzeha ketika ditemui di sidang media yang diadakan pada Selasa.

Anugerah yang disiarkan di platfrom Astro Ria, Astro 4K UHD, Astro Go, On Demand dan Sooka itu masih mengekalkan dua selebriti terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta kemunculan pelakon Sherry Al Hadad sebagai pengacara bersama.

ame1

Sidang media AME 2021 diadakan pada petang Selasa.

Manakala acara kemuncak AME 2021 pula bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi tersohor yang mewakili generasi ‘lejen’ dan ‘BBNU’ seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Bunga, Yonnyboii, Zynakal serta ramai lain.

Penyanyi Khai Bahar menepati ramalan apabila berjaya mendominasi senarai akhir dengan lima pencalonan iaitu Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, Artis Versatil MeleTOP dan Program MeleTOP.

Manakala kumpulan yang kian popular, Dolla dan penyanyi Shiha Zikir turut menyerlah apabila masing-masing tercalon buat kali pertama dalam empat kategori.

Berikut senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021):

Penyanyi Meletop Era

1. Amir Masdi (Asmara)

2. Ernie Zakri (Gundah, Boneka)

3. Haqiem Rusli (Adlina Marie, Bangkit, Mimpi)

4. Khai Bahar (Durja)

5. Siti Nordiana (Angkara)

Bintang Filem Meletop

1. Fattah Amin (Mimiland)

2. Kamal Adli (Superbike)

3. Sharnaaz Ahmad (Jebat)

4. Shiha Zikir (Hantu Bonceng 2.0)

5. Syahmi Sazli (Mael Totey The Movie)

Pelakon Meletop

1. Dini Schatzmann (A.I In Love)

2. Fasha Sandha (Sihir Pemisah)

3. Mira Filzah (Bidadari Kiriman Tuhan)

4. Uyaina Arshad (Perempuan Tanpa Dosa)

5. Uqasha Senrose (Perempuan Tanpa Dosa)

Artis Baharu Meletop

1. Dini Schatzmann (A.I In Love)

2. Dolla (Dolla Make You Wanna)

3. Meerqeen (Angkara Cinta)

4. Nadhir Nasar (Tercipta Satu Ikatan)

5. Syahmi Sazli (Mael Totey The Movie)

Grup/Duo Meletop Era

1. Dolla (Dolla Make You Wanna)

2. Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana (Empat Dara 2020)

3. Hael Husaini, Haqiem Rusli & Naim Daniel (Lara)

4. Khai Bahar & Aina Abdul (Nafas Cinta)

5. Shiha Zikir & Noki (AEOW)

Lagu MeleTOP Era

1. AEOW (Shiha Zikir & Noki)

2. Empat Dara 2020 (Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana)

3. Lara (Hael Husaini, Haqiem Rusli & Naim Daniel)

4. Dolla Make You Wanna (Dolla)

5. Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul)

Filem Meletop

1. Ada Apa Dengan Dosa

2. Hantu Bonceng 2.0

3. Jebat

4. M4M4

5. Mael Totey The Movie

Drama Meletop

1. Kampung Pisang Bersiri-siri (Astro Citra)

2, Bidadari Kiriman Tuhan Ep24 (Astro Ria)

3. Perempuan Tanpa Dosa Ep22 (Astro Ria)

4. Then Maid (Gempak Studio)

5.Angkara Cinta (Astro Citra)

Program Meletop

1. Jejak Ebit Lew siri 1 EP 6

2. Big Stage Siri 3 EP 8

3. Konsert Minggu Ini - #123 Khai Bahar - RTM

4. Next To Neelofa Siri 1 EP 4

5. Sepahtu Reunion Live 2020 Siri 4 EP 8

Artis Versatil Meletop

1. Alvin Chong (Pelakon, penyanyi, Youtuber, Tiktoker)

2. Azira Shafinaz (Pelakon, penyanyi, Hos)

3. Khai Bahar (Pelakon, penyanyi)

4. Siti Nordiana (Pelakon, Penyanyi)

5. Shiha Zikir (Pelakon, Penyanyi, Youtuber)

Influencer Meletop

1. Cupcake Aisyah

2. Muabellaz

3. Azfar Heri

4. Dr Say

5. Sharifah Rose

Personaliti TV Meletop

1. Jep Sepahtu (Sepahtu Reunion Live 2020)

2. Alif Satar (Big Stage Siri 3)

3. Luqman Hariz (Awani 7.45)

4. Jihan Muse (Gegar Vaganza Siri 7)

5. Ustaz Ebit Lew (Jejak Ebit Lew)

Couple Meletop

1. Aiman Hakim & Zahirah MacWilson

2. Emma Maembong & Muhammad Shazli

3. Fasha Sandha & Aidil Aziz

4. Fattah Amin & Nur Fazura

5. Mira Filzah & Wan Emir

Si Cilik Meletop

1. Aqeef Anaqi (Amyra Rosli & Amar Bahrin)

2. Arianna Aubrey & Karl Kareef (Datin Eina Azman & Datuk Kaiser)

3. Ayya Soffya (Aeril Zafrel & Wawa Zainal)

4. Issac Raees (Aiman Hakim & Zahirah MacWilson)

5. Jebat Jayden (Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila)

BBNU Meletop

1. Alyssa Dezek

2. Amir Masdi

3. Azzam Sham

4. Dolla

5. Naim Daniel

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain