suria

Zynakal ditegur ‘upload’ foto wanita tanpa izin, mohon maaf lambat respons kerana tiada line internet

Zynakal mohon maaf kerana lambat bertindak memadam perkongsiannya itu.

TINDAKAN penyanyi Zynakal berkongsi foto beberapa wanita di Instastory miliknya ditegur seorang pemilik gambar tersebut di laman Twitter.

Tampil menjelaskan mengenai perkongsiannya itu, Zyn, 22, berkata foto resume yang dimuat naik itu merupakan sebahagian prop yang digunakan semasa penggambaran sebuah drama.

"Benda ini agak clise, benda salah... kita buat salah. Saya nak minta maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Komen ‘uga uga’ di IG Yonnyboii disangka sindir budaya Sarawak... Zynakal mohon maaf - “Saya tak tahu fasal isu pakaian Iban tengah panas”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramuan menjadi... ‘Tak sangka’ Yonnyboii, Zynakal, Asyraf Nasir jadi juara carta

"Tapi saya nak terangkan benda tu bukan dari saya, itu prop dibuat untuk penggambaran," katanya menerusi satu rakaman pendek permohonan maaf dibuat menerusi akaun Instagram miliknya pada pagi Selasa.

Sebelum itu, seorang pengguna Twitter menegur penyanyi lagu Sakit ini kerana memuat naik fotonya tanpa kebenaran.

zynakal 3

Zynakal mohon maaf memuat naik foto tanpa kebenaran.

Wanita itu turut meminta Zyn memadam foto berkenaan secepat mungkin kerana tindakan tersebut salah dan tidak beretika.

"Rasanya tak perlu ambil gambar orang tanpa izin untuk buat content. Tak kisahlah awak artis atau siapa-siapa.

Sampai rumah baru buka telefon dan baru tengok notification, keluar benda macam ni... saya dah take down dan saya minta maaf.

ZYNAKAL

PENYANYI

"Please ada common sense sikit, saya harap dia boleh take down story Instagram ni," tulis seorang pemilik akaun di Twitter.

Sementara itu, Zyn memohon maaf kerana mengabaikan teguran tersebut kerana semasa kejadian dia berada di kawasan tiada liputan internet.

zynakal 3

Zynakal akui kesilapan diri.

"Bukan saya sengaja biarkan (foto) itu di Instagram, macam saya cakap tak ada line... kalau ada line saya mesti take down dan minta maaf.

"Saya baru saja balik (penggambaran) dan ada line (telefon). Tipulah masa memandu tu tak ada line tapi saya memang tengah memandu.

"Sampai rumah baru buka telefon dan baru tengok notification, keluar benda macam ni... saya dah take down dan saya minta maaf," ujarnya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain