suria

[VIDEO] Suasana sekitar proses lelongan harta di banglo Sajat, 39 barang dibida pada harga RM132,000

SET barangan di ruang tamu, dapur dan bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat milik usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat di Kota Damansara bakal berpindah hak milik kepada seorang lelaki bernama Mohd Syazwan.

Selepas berakhirnya proses lelongan yang berlangsung selama hampir dua jam itu, lelaki terbabit berjaya memperoleh kesemua 39 barangan dengan bidaan tertinggi bernilai RM132,000.

Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.

ARTIKEL BERKAITAN: Aset milik Sajat dilelong esok, orang ramai boleh datang beli di Kota Damansara

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah arah harta dan rumah Sajat di Kota Damansara dilelong, gagal bayar pampasan RM200,000

Sementara itu menurut peguam Zeti Zulkifli yang ditemui mStar, bidaan dibuat sebanyak enam kali membabitkan lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga.

Proses bidaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa.

Pembida perlu menyediakan wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu.

Untuk rekod kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM75,000.

Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier.

Berikut adalah antara senarai barangan yang dilelong:

WhatsApp Image 2021-12-14 at 2.14.23 PM

Senarai barangan yang dilelong.

WhatsApp Image 2021-12-14 at 2.14.24 PM

Set barangan bilik tidur dan sofa.

WhatsApp Image 2021-12-14 at 2.14.25 PM (1)

Lampu syiling dan piano.

WhatsApp Image 2021-12-14 at 2.14.25 PM

Set meja makan dan kerusi antik.

WhatsApp Image 2021-12-14 at 2.14.25 PM (2)

Set almari baju dan perhiasan.

WhatsApp Image 2021-12-14 at 2.14.23 PM

Kerusi antik dan jam dinding antik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain