suria

AME 2021 gugurkan kategori Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP, perkenal 3 kategori baharu untuk BBNU

AME 2021 masih menampilkan Nabil dan Jihan sebagai pengacara.

ANUGERAH MeleTOP Era (AME 2021) kembali buat tahun kelapan bagi meraikan karya dan personaliti paling menyerlah sepanjang 2020 yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, penonton berkemungkinan dapat menghadiri malam kemuncak AME2021 yang akan diadakan pada Januari tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana dan Haqiem Rusli paling MeleTOP AME 2020

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli buat kejutan! Lamar Uqasha Senrose di pentas AME 2020

Bagaimanapun, perkara tersebut akan dilihat mengikut keadaan negara ketika itu namun AME2021 akan diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ame 1

Haqiem dan Siti Nordiana pemenang hadiah utama AME 2020.

"Buat masa sekarang penonton masih boleh hadir untuk rancangan secara langsung tapi kita lihat bagaimana keadaan selepas ini.

"Kalau masih dibenarkan, maka kita akan buka AME untuk orang ramai hadir dengan SOP yang ditetapkan.

"Untuk AME kali ini, ada beberapa kategori baharu selain ada juga kategori yang ditambah serta digugurkan," kata Raqim.

AME2021 dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’ bakal bersiaran secara langsung pada 30 Januari 2022, pukul 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria.

Nabil dah berjaya membawa program MeleTOP ke satu tahap yang boleh membanggakan.

RAQIM AHMAD

NAIB PRESIDEN STRATEGI PEMBANGUNAN KANDUNGAN HIBURAN MELAYU ASTRO

Dalam pada itu, AME2021 juga masih mengekalkan gandingan pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang dilihat sangat serasi bersama.

"Untuk Nabil, kita memang tahu Nabil bersama AME dari mula sampai sekarang. Nabil dah berjaya membawa program MeleTOP ke satu tahap yang boleh membanggakan.

"Nabil juga mempunyai personaliti dan ada benda yang kita nak dia buat lain daripada lain pada malam AME. Dia pun akan tampilkan kelainan.

AME3

Naim Daniel dan Iman Troye tercalon dalam top 20 AME2021 menerusi kategori Penyanyi MeleTOP Era.

"Lagipun kita tahu gandingan Nabil dan Jihan serasi... tahun lalu mereka lakukan yang terbaik. Jihan pun sudah lama tak keluar mana-mana dalam program," ujarnya.

Format penganjuran asal AME yang menyerahkan kuasa penuh kepada peminat untuk mengundi pemenang bagi kesemua 16 buah kategori utama masih dikekalkan.

Untuk edisi 2021, sebanyak tiga buah kategori baharu bakal dipertandingkan iaitu Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP.

Manakala dua buah kategori yang sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama iaitu Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain