suria

Cukup berjaga-jaga pun kena... Hafizul Kamal dan anak empat tahun positif Covid-19 - “Jari-jemari saya sampai kering dan pecah sebab hand sanitizer”

Hanya Hafizul dan anak sulungnya dijangkiti virus Covid-19.

PELAKON filem Paskal Hafizul Kamal berkongsi berita sedih apabila dia dan anak sulungnya Raisya Amanda yang berusia empat tahun disahkan positif Covid-19.

Hafizul atau nama sebenarnya Hafizul Ahmad Kamal, 36, berkata, dia mula berasa kurang sihat dan hilang deria bau sejak empat hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka Covid-19 makin berkurang, Malaysia catat 8,075 kes

Lebih membimbangkan paras oksigen anaknya mula menurun ke 94 peratus membuatkan dia mengambil keputusan untuk ke hospital.

"Saya dan anak disahkan positif pada Ahad. Tapi deria bau mula menghilang sejak empat hari lalu. Ingatkan selsema biasa tapi tak ada pula hidung berair.

"Ikutkan saya ada buat ujian kit Covid-19 dan keputusan negatif dan sentiasa periksa keadaan kadar oksigen anak-anak juga.

"Bila periksa kadar oksigen Raisya turun ke 94 peratus dan terus bawa dia buat pemeriksaan. Buat masa sekarang saya dan Raisya kuarantin dalam bilik di rumah kami," kata Hafizul ketika dihubungi mStar.

Ikutkan kalau saya keluar pun memang berjaga-jaga sangat.

HAFIZUL KAMAL

PELAKON

Hafizul memberitahu keputusan ujian calitan isterinya, Nurul Fariza Ibrahim dan anak kedua mereka, Sara Erina negatif.

Tidak pasti daripada mana punca jangkitan, Hafizul berkata, dia seorang yang sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali keluar rumah.

Namun dia reda dan mengambil perkara yang berlaku itu sebagai satu ujian buat dirinya dan keluarga.

Hafizul 1

Isteri dan anak bongsu Hafizul tidak dijangkiti Covid.

"Saya tak pasti dijangkiti dari mana... sebab sebelum ini saya ada jaga ibu demam empat hari. Tapi hari keenam badan saya jadi dedar.

"Tapi suhu badan saya tak pernah lebih dari 36 darjah celcius. Ikutkan kalau saya keluar pun memang berjaga-jaga sangat.

"Jari-jemari saya sampai jadi kering dan pecah sebab sentiasa menggunakan hand sanitizer. Tapi tak apa la, dah takdir," ujarnya.

Untuk rekod, pelakon Hafizul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Fariza pada 13 Februari 2016.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain