suria

Tamat kontrak dengan syarikat rakaman, Usop mahu fokus bisnes - “Saya plan nak bertunang tahun ini, kahwin tahun depan”

Usop ucap selamat tinggal kepada syarikat rakaman Rocketfuel.

TIGA tahun bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel, penyanyi Usop mengumumkan sudah pun tamat kontrak dengan syarikat rakaman itu.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata, banyak kenangan dan pengalaman yang dipelajarinya sepanjang bersama label tersebut.

"Usop baru tamat kontrak dengan Rocketfuel, setelah tiga tahun, banyak kenangan dengan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai gelang pink! Usop tertekan kena berkurung dalam bilik, stres sampai terfikir nak botak kepala

"Rocketfuel banyak bantu usop, kalau bukan sebab mereka saya tak ada dalam industri hari ni, nama saya takkan naik.

"Salah satu sebab keluar dari Rocketfuel sebenarnya nak fokus bisnes keluarga," ujarnya yang mengusahakan kedai makanan Ayam Masala Mama Usop di Kulim, Kedah.

Usop berkongsi berita itu pada instagram miliknya.

Dalam pada itu, naib juara program Big Stage 2020 ini berkata, biarpun tidak bersama dengan syarikat rakaman ini, dia akan terus dengan kerjayanya sebagai penyanyi.

"Saya masih lagi dalam industri sebab bukan senang nak jadi penyanyi ni.

Saya masih lagi dalam industri sebab bukan senang nak jadi penyanyi ni.

USOP

PENYANYI

"Bukan saya taknak sambung kontrak, saya nak tukar syarikat rakaman lain so nak cuba benda baru," ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, Usop belum sedia mendedahkan syarikat rakaman baharu sehingga semua urusan dokumentasi selesai.

"Usop pindah dan saya akan umumkan dalam intsgramg dalam bulan Julai nanti, lagipun sekarang tengah PKP kan.

"Perjanjian semua dah settle tinggal nak sign je tapi dengan siapa itu rahsia.

Bercerita tentang perkembangan hubungan dengan kekasihnya, Usop merancang untuk bertunang dengan wanita berkenaan pada tahun ini.



Usop telah bernaung selama tiga tahun di bawah syarikat rakaman Rocketfuel.

"Pasal kahwin pun nanti saya akan umumkan, perancangan buat masa sekarang saya merancang untuk bertunang pada tahun ni dan berkahwin tahun depan.

"Kita akan bagitau nanti, saya hanya merancang tapi Allah menentukan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Usop, Mentor, Tamat Kontrat, Rocket Fuel

Artikel Lain