suria

Pakai gelang pink! Usop tertekan kena berkurung dalam bilik, stres sampai terfikir nak botak kepala

Usop akui tertekan perlu kuarantin seorang diri dalam bilik.

GARA-GARA menjadi kontak rapat kepada salah seorang pesakit Covid-19, penyanyi Usop memberitahu dia terpaksa menjalani kuarantin diri selama seminggu.

Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, berkata dia dipakaikan gelang pengawasan dan dikehendaki mengasingkan diri untuk pemantauan sehinggalah disahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut.

"Saya kontak rapat seorang kawan baik dan dikehendaki buat swab test di pusat kesihatan berdekatan... keputusan ujian belum keluar lagi tapi diarahkan kuarantin sampai 2 Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Usop minta pandangan nak dapat badan ‘ketul-ketul’, mula aktif main gim - “Ramai kawan pakat-pakat buat badan, saya pun nak juga!”

"Doa-doakanlah negatif! Sejujurnya risau juga tapi buat masa ini saya tiada alami sebarang simptom atau gejala Covid-19... walaupun rasa sihat, saya tetap patuh menyelesaikan kuarantin ini hingga selesai.

"Sekarang ini dekat mana-mana pun ada virus, memang kena berhati-hati. Yang penting kalau keluar kena jaga SOP sebab kita pun tak tahu kalau orang sebelah kita bawa virus ini," katanya kepada mStar.

Lagi pula sekarang kena kuarantin, berkurung dalam bilik seorang diri bertambahlah tekanan... rasa macam nak botakkan rambut saja!

USOP

PENYANYI

Menerusi Instagram, bekas peserta Mentor Milenia 2017 ini berkongsi foto dia memakai gelang berwarna merah jambu dengan menyertakan emoji sedih.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Usop berkata semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini dia mengalami sedikit tekanan, lebih-lebih lagi apabila tidak dapat meneruskan kerjaya seni seperti biasa.



Usop buat ujian calitan atau swab test dan perlu kuarantin diri selama seminggu.

"Kerjaya memang terjejas teruk. Nak menyanyi pun tak boleh, show memang tak ada. Malah, perniagaan saya bersama mak di Kedah pun terpaksa dihentikan kerana peningkatan kes.

"Lagi pula sekarang kena kuarantin, berkurung dalam bilik seorang diri bertambahlah tekanan... rasa macam nak botakkan rambut saja!

"Apa-apa pun kita doakan keadaan kembali pulih macam biasa dan kita semua boleh bekerja semula. Saya pun tengah usaha mendaftar untuk pengambilan vaksin dan berharap proses itu nanti dipercepatkan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain