suria

[VIDEO] Joe Flizzow tak sensitif lirik lagu sebut kalimah Allah? - “Baca kandungan sepenuhnya sebelum buat andaian”

SELEPAS nama tiba-tiba trending di Twitter, penyanyi rap popular Joe Flizzow tampil menjelaskan isu penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu Twisted Dreams.

Ujar Joe Flizzow, lagu kolaborasi bersama Jay Park, Jay Electronica dan DJ Begun itu tidak sepatutnya dijadikan isu berikutan bahagian lirik itu dinyanyikan oleh Jay Electronica yang juga beragama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna duet dengan Jay Park, peminat makin tak sabar

Tambah Joe, lirik tersebut juga tidak membawa makna yang jahat atau menghina agama.

“Saya terbaca beberapa komen tentang lagu saya, mereka mempersoalkan kenapa pakai nama Allah.

“Jawapannya... J Electronica itu orang Islam, hak dia nak sebut nama Allah, janganlah buat fitnah, ” ujarnya.

Jay Electronica dan Joe Flizzow jadi topik perbincangan netizen.

Menerusi lagu berkenaan terdapat bahagian lirik yang dinyanyikan oleh Jay Electronica berbunyi ‘All we want is salam salam, but others giving out is haram-haram’.

“Ini bukan verse saya, saya bagi pencerahan bagi pihak dia sebab dia pun tak tahu tentang isu ini.

“Kalau kita dengar lagu rap, baca isi kandungan sepenuhnya sebelum buat andaian. Lirik dia ada cakap Astrafirullah, apa yang kita nak cuma bersalaman dengan ramai orang, tapi ada sesetengah orang yang beri benda haram... itu saja” katanya.

J Electronica itu orang Islam, hak dia nak sebut nama Allah... janganlah buat fitnah.

JOE FLIZZOW

PENYANYI RAP

Dalam pada itu, Joe turut memberitahu rakan artisnya Jay Electronica merupakan seorang penyanyi antarabangsa yang berani dan bangga memberitahu tentang agama Islam dalam lagu-lagunya.

Malah Joe turut meminta netizen agar menghargai dan melihat seseorang individu daripada sudut yang positif.

"Dia berani beritahu dia Islam dalam lagu-lagunya, walaupun kita tahu di sana terlalu banyak diskriminasi... tapi dia bangga dengan agama yang dianuti.

"Cuba kita lihat benda baik sebelum jatuhkan orang," ujarnya.

Jay Park trending gara-gara lagu Mukbbang Remix menyebut nama Allah.

Sementara itu, isu berkaitan nama Allah mula tercetus selepas netizen berjaya membongkar lirik lagu Mukbbang (Remix) nyanyian Jay Park yang menyebut nama Allah.

Perkara itu menyebabkan Jay Park yang juga bekas ahli kumpulan 2PM trending di Twitter dan netizen menganggap lirik ‘worship me like Allah’ yang bermaksud ‘sembah aku seperti Allah’ dalam lagu berkenaan boleh memesongkan akidah umat Islam.

Rata-rata peminatnya kecewa dengan sikap tidak sensitif penyanyi berkenaan yang mempermainkan agama Islam.

Ada yang menyifatkan penyanyi ini tidak melakukan kajian terlebih dahulu sebelum berkarya.

“Jay Park trending di Malaysia kerana lagu Mukbang! Ini sangat biadab dan Muslim sepatutnya berhenti sokong dia. Ini berkaitan dengan akidah!

“Jay Park is cancelled. Sangat biadab, anda artis antarabangsa dan pergi ke seluruh dunia dan ada kolaborasi dengan artis tempatan. Anda sepatutnya lebih tahu maksud lirik itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Anda rasa ini kelakar? Anda rasa cool kaitkan agama dalam lagu. Anda sepatutnya mohon maaf!

“Sekarang saya hilang hormat pada Jay Park. Dia dan agensi perlu minta maaf. Ini sangat biadab, ” ujar netizen.

Sehingga kini pihak Jay Park dan agensi belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal berkenaan.

Lagu Mukbbang! (Remix) kolaborasi bersama Lil Cherry dan GOLDBUUDA dilancarkan pada Disember lalu di YouTube Lil Cherry.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain