suria

Ustaz Azhar Idrus dikompaun langgar SOP majlis tahnik... Tokti dan Datuk K kena bayar RM20,000

Siti Nurhaliza dan suami dikompaun RM10,000 seorang.

PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan majlis tahnik anak keduanya yang berlangsung pada hujung bulan lalu.

Turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang ialah empat tetamu pasangan berkenaan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal serta Ustaz Iqbal.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza ‘kena’ lagi! Netizen tak senang hati tengok majlis tahnik Muhammad Afwa - “PDRM boleh la saman Tokti”

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

"Tiga anak lelaki Datuk K turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang.

Siti adakan majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa.

"Kami menerima laporan berhubung perkara ini pada 3 Mei lalu. Laporan pelanggaran SOP ini sudah pun selesai dan dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya.

"Mereka kemudian menetapkan kompaun itu kerana kesalahan gagal mengamalkan penjarakkan fizikal semasa majlis itu berlangsung," katanya memetik laporan The Star pada Khamis.

Tiga anak lelaki Datuk K turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang.

DATUK ARJUNAIDI MOHAMED

KETUA POLIS SELANGOR

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Siti menjadi perhatian umum selepas majlis tahnik yang diadakannya pada 26 April lalu dipertikai netizen ketika negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat beberapa tetamu undangan dibenar merentas negeri untuk menghadiri majlis tersebut.

Siti melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa pada 19 April di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain