suria

Covid-19 bukan main-main... Fendy Bakry ingatkan rakyat Malaysia terus patuh SOP - “Berhenti cari seseorang untuk dijadikan isu sampai kesudah”

Fendy Bakry sentiasa menjaga SOP seperti yang disarankan oleh MKN.

ISU pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) melibatkan golongan VIP dan selebriti yang menjadi topik bualan netizen ketika ini turut menerima pendapat pelakon Fendy Bakri.



Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri, 33, berkata, peranan untuk sentiasa menjaga SOP adalah merupakan tanggungjawab semua pihak bagi mengekang Covid-19.


ARTIKEL BERKAITAN: “Kau nak kahwin tak dengan aku” - Cara ‘selamba’ Fendy Bakry lamar wanita, buat persiapan nikah dalam masa 2 bulan

"SOP ini dibuat untuk rakyat Malaysia, kita haruslah ikut apa yang telah ditetapkan. Baik dia menteri, artis ataupun sesiapa sahaja... kalau perlu patuh then kita kena patuh!

"Pendek kata ini semua adalah tanggungjawab masing-masing," katanya kepada mStar.

Pelakon ini berkata, rakyat Malaysia perlu muhasabah diri dan jangan sesekali menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Fendy mengingatkan agar jangan sesekali alpa untuk menjaga SOP.

"Saya percaya sampai ke hari ini ada sesetengah rakyat memang patuh pada SOP sejak setahun lalu.

"Jika ada rakan-rakan kita yang langgar SOP maka kita boleh sahaja nasihat mereka daripada kita mencari seseorang untuk dijadikan isu sampai kesudah.

Baik dia menteri, artis ataupun sesiapa sahaja... kalau perlu patuh then kita kena patuh!

FENDY BAKRY

PELAKON

"Moga kita semua terhindar daripada wabak Covid-19 dan berhenti sebarkan cerita-cerita palsu sebab covid is real!" katanya.

Barisan pelakon drama bersiri Hati Yang Dikhianati.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Fendy bakal membuat kemunculan istimewa dalam drama adaptasi dari Venezuela Mis Tres Hermanas yang berjudul Hati Yang Dikhianati.

"Dalam drama ini, saya muncul sebagai 'cameo' sahaja. Skrip masih lagi on going, yang pasti saya ada banyak babak dengan Mia Nasir dan Shah Iskandar," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Hati Yang Dikhianati ditayangkan di slot Tiara Astro Prima (saluran 105) setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang.

Drama arahan Riza Baharudin itu turut dibintangi Amar Baharin, Isyariana, Mona Allen, Zamarul Hisham, Sahronizam Noor, Nabil Aqil, Arena Wan dan Syamim Farid.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain