suria

Hujung minggu anda tak bosan walaupun PKP! Tonton filem Bad Boys ll, Jaan E Mann dan Takbir Semalam di Awesome TV

Filem Bad Boys ll akan ditayangkan pada malam, Sabtu.

HUJUNG minggu anda akan dihiburkan dengan tiga filem iaitu Jaan E Mann, Bad Boys II dan Takbir Semalam yang akan ditayangkan di Awesome TV.

Slot Hindi Special akan menayangkan filem muzikal romantik Hindi yang ditulis dan diarahkan oleh Shirish Kunder berjudul Jaan E Mann.

ARTIKEL BERKAITAN: Perang Ogy dan Erma Fatima tak habis lagi! Nak tahu kesudahannya tonton Diva Popular di Awesome TV

Menceritakan kisah Suhaan Kapoor dan Piya Goyal yang jatuh cinta sewaktu di universiti dan berkahwin namun Suhaan harus merahsiakan perkahwinannya untuk menjadi seorang bintang filem.



Jaan E Mann dibintangi oleh Salman Khan, Pretty Zinta dan Aksyah Kumar.

Ketika karier Suhaan merudum, dia pulang ke rumah dan mendapati bahawa Piya telah pergi meninggalkannya dan menerima notis penceraian.

Filem yang dibintangi oleh Salman Khan, Preity Zinta dan Aksyah Kumar bakal ditayangkan pada Jumaat bermula pukul 9.30 malam.

Manakala filem Bad Boys II yang dibintangi oleh Martin Lawrence dan Will Smith serta diarahkan oleh pengarah Michael Bay akan ditayangkan pada Sabtu, 10 malam di Awesome TV.

Bad Boys II menceritakan tentang Miami yang dibanjiri dengan ekstasi yang datang dari Cuba melalui pengedar dadah terkemuka Johnny Tapia.



Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly sekali lagi digandingkan dalam Takbir Semalam.

Detektif Mike Lowrey dan Marcus Burnett berada dalam kes tersebut, dan bertekad untuk membawa lelaki itu ke muka pengadilan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, telefilem Takbir Semalam lakonan Fauziah Nawi, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly akan ditayangkan Ahad, 9 malam di slot Ohsem Tele.

Takbir Semalam mengisahkan Mak Yah terkenal dengan sikap yang suka memaki hamun dan bercakap kasar terpaksa menyambut Hari Raya seorang diri buat pertama kali.

Gara-gara sikapnya itu, anak menantunya nekad keluar dari rumah dan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa mereka semua.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain