suria

Sharifah Rose ‘judge’ lakonan sendiri dalam drama ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ - “Boleh nampak kesalahan kecil, saya mula selesa”

Sharifah Rose mula selesa dengan dunia lakonan.

SELEBRITI media sosial, Sharifah Rose akui melakukan beberapa kesalahan kecil dalam lakonannya menerusi drama yang kini menjadi bualan ramai iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard.

Namun menurut aktres berusia 23 tahun ini, dia gembira apabila dapat belajar banyak perkara di set penggambaran drama itu bagi memantapkan lagi mutu lakonannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Sharifah Rose dilabel 'kayu', Elvina Mohamad mengaku pernah gelabah... nak luruh jantung bila dengar perkataan ‘action’

Malah, Sharifah Rose juga gembira dengan perubahan positif lakonannya sekarang berbanding dahulu menerusi drama Kisah Cinta Rumi yang ditayangkan April lalu.

"Melihat lakonan saya di dalam drama itu, saya boleh nampak kesalahan kecil yang dibuat. Jujurnya saya banyak belajar di set penggambaran ini dengan semua pelakon yang terbabit dan juga pengarah.

Sharifah Rose teruja dapat bergandingan dengan Redza.

"Mereka banyak membantu saya dan mereka juga sangat menyokong. Berbanding drama terdahulu dengan drama ini, saya rasa banyak beza. Malah saya merasakan saya mula selesa dengan lakonan," katanya kepada mStar.

Sharifah Rose berkongsi keterujaannya itu ketika sidang media Sembang Bersama Disney+ Hotstar secara maya yang diadakan pada Khamis.

Drama lakonannya bersama Redza Rosli berjudul Kekasih Hati Mr Bodyguard itu boleh distrim menerusi platform terbaharu berkenaan yang akan dilancarkan mulai 1 Jun depan.

Malah, Sharifah Rose turut meluahkan rasa syukur dapat bergandingan dengan Redza Rosli yang sangat membantu menerusi drama tersebut.

Saya percaya setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang tersendiri.

SHARIFAH ROSE

PELAKON

"Kali pertama saya berjumpa Redza ketika uji bakat, saya sangat gementar, memandangkan ini adalah kali pertama saya menerima tawaran watak utama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Digandingkan pula dengan Redza yang kita tahu lakonannya sedang banyak ditayangkan di televisyen. Jadi pastinya saya sangat gementar sebab saya tak pasti saya boleh membina keselesaan dengan dia.

"Tapi Alhamdulillah dia banyak membantu di set penggambaran dan saya banyak belajar dengan dia. Ia adalah pengalaman yang menarik dan saya gembira Redza menjadi pelakon gandingan saya di dalam drama itu," ujarnya.

Sebelum ini, lakonan pertama Sharifah Rose dalam drama siaran slot Lestary di TV3 itu dikritik penonton yang menganggap aktres itu berlakon seperti 'kayu'.

Sharifah Rose terima kritikan dengan hati terbuka.

Dalam pada itu, Sharifah Rose memberitahu dia sentiasa menerima segala kritikan netizen yang dilemparkan kepadanya secara positif.

"Saya percaya setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang tersendiri. Saya sentiasa ambil kritikan orang secara positif kerana saya yakin daripada situ dapat perbaiki diri dan melakukan dengan lebih baik.

"Kita tidak akan pernah mati dengan cacian orang dan tak hidup dengan pujian," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain