suria

Bella Dowanna malu nak kongsi keputusan SPM, bukan sebab tak cemerlang - “Saya ada dapat A... paling penting tiada yang gagal!”

Bella lulus dalam kesemua lapan mata pelajaran SPM.

SIAPA yang tak teruja apabila mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang namun berbeza pula dengan pelakon Bella Dowanna yang lebih memilih untuk merahsiakannya.

Mengakui berasa segan untuk berkongsi, Bella atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim bersyukur berjaya lulus dalam semua lapan mata pelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dowanna geli, malu lakon babak dirogol tiga lelaki dalam filem M4M4 - “Semuanya real, mereka memang duduk atas saya”

Menurut pelakon berusia 18 tahun ini, dia menyimpan hasrat untuk menyambung pelaran dalam jurusan perniagaan namun bukan dalam masa terdekat.



Bella syukur meraih keputusan yang baik dalam SPM.

"Alhamdulillah... keputusan SPM saya okay. Saya ada dapat A dan paling penting tak ada pun yang gagal. Kalau boleh memang saya tak nak kongsi keputusan itu.

"Dengan kawan-kawan pun, saya segan nak kongsikan. Insya-Allah, saya memang ada perancangan untuk sambung belajar dalam jurusan perniagaan.

"Tapi mungkin bukan dalam masa terdekat. Sebab kalau boleh saya memang nak seimbangkan berlakon dengan belajar," kata Bella kepada mStar.

Dengan kawan-kawan pun, saya segan nak kongsikan.

BELLA DOWANNA

PELAKON

Bella berkongsi perkara tersebut ketika sesi sidang media drama siri popular Budak Tebing 2 yang diadakan secara maya pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Bella mengakui dia mengalami kesukaran untuk mengulangkaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan SPM disebabkan pada masa yang sama perlu menjalani penggambaran drama tersebut.

Biarpun tidak sempat hadir ke sekolah, namun pelakon filem M4M4 ini tetap membuat ulangkaji pelajaran dengan mengambil kelas secara peribadi bersama gurunya.



Bella bergandingan semula dengan Eyka Farhana, Aedy Ashraf dan Adam Lee.

"Kebetulan masa saya jalani penggambaran drama itu, saya tengah nak ambil SPM juga. Memang agak mencabar untuk belajar dan pada masa yang sama kena pergi shooting juga.

"Kadang-kadang tak ada masa nak study... nak pergi sekolah pun tak dapat sebab shooting pun awal pagi.

"Tapi saya ada ambil kelas personal dengan cikgu untuk catch up apa yang saya terlepas," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain