suria

Atikah Suhaime rela tiada ‘job’, enggan terima watak jahat berhijab, perampas! - “Nanti semua fikir perempuan bertudung tak boleh dipercayai”

Atikah tetap memilih watak yang mengikut prinsipnya.

MASALAH kewangan yang dihadapi akibat pandemik Covid-19 tidak mengubah pendirian pelakon Atikah Suhaime untuk menolak watak antagonis yang tidak logik atau digambarkan sebagai benar-benar jahat.

Atikah menerusi Instastory miliknya pada Jumaat berkata, skrip yang lemah dan klise sebagai seorang perampas turut membuatkan dia bosan dan tidak berminat untuk melakonkan watak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “I dont care” maksud Atikah Suhaime bukan berkaitan soal mati

Selain itu, aktres kelahiran Singapura tersebut juga tidak mahu membawa watak antagonis bertudung yang dianggap hanya akan menjelaskan imej wanita Islam yang sebenar.

Atikah berkongsi pendapatnya di Instastory.

"Sekarang waktu sukar, saya turut berdepan masalah kewangan tetapi saya masih memilih tawaran berlakon. Saya tetap menolak tawaran watak antagonis kerana nampak tiada sebab (kukuh) untuk sesuatu karakter itu menjadi jahat.

"Asyik-asyik perampas suami orang... kemudian pakai tudung serta lemah-lembut dan alasannya selalunya lemah, kerana dia nakkan harta.

"Kenapa tidak boleh jadikan alasan misalnya watak wanita itu secara tidak sengaja jatuh cinta dengan hero kerana hero itu yang memulakan langkah?

"Atau wanita itu berdepan masalah daripada zaman kanak-kanak dan merasakan segalanya diambil daripadanya, jadi dia memutuskan untuk merampas suami orang? Atau dia tidak tahu pun hero itu sudah berkahwin. Atau entahlah," katanya.

Asyik-asyik perampas laki orang tapi tak ada motif kuat untuk dia jadi jahat.

ATIKAH SUHAIME

PELAKON

Sebelum ini, pelakon berusia 29 tahun itu kerap menerima watak antagonis sehingga penonton sudah selesa melihatnya dengan karekter jahat dalam sesebuah karya.

Dalam pada itu, pelakon drama Beri Sedikit Waktu ini turut memberikan cadangan untuk menggarap peranan antagonis yang logik dan bertepatan dengan seleranya selain watak wanita bertudung yang punyai banyak muslihat.

"Asyik-asyik perampas laki orang tapi tak ada motif kuat untuk dia jadi jahat. Lebih teruk, sejak akhir-akhir ini mereka sering dipersembahkan dengan watak antagonis yang bertudung dan lemah-lembut.

Atikah tidak terfikir untuk terima watak antagonis buat masa kini.

"Jadi, semua fikir perempuan lemah-lembut pakai tudung tak boleh dipercayai. Padahal perempuan lemah-lembut selalu kena buli sebab hati kami terlalu rapuh, tak sanggup nak tinggikan suara takut terlukakan hati orang.

"Biasanya skrip yang saya dapat untuk watak antagonis tidak kuat untuk dia betul-betul menjadi jahat. Kamu tak boleh terus dilahirkan untuk menjadi jahat kan? Mesti ada sebab yang kukuh. Entahlah.

"Sampailah ada motif kuat untuk seseorang jadi jahat dalam skrip tu, barulah saya akan menerima watak antagonis itu," jelasnya

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain