suria

Phir Bhi Dil Hai Hindustani, Shrek dan Kabhi Kushi Kabhie Gham meriahkan hujung minggu anda di Awesome TV!

Dua filem yang pernah menjadi fenomena bakal ditayangkan pada hujung minggu di Awesome TV.

TIGA filem iaitu Phir Bhi Dil Hai Hindustani, Shrek dan Kabhi Kushi Kabhie Gham bakal mengisi hari minggu penonton Awesome TV bermula Jumaat.

Ketiga filem tersebut menjanjikan jalan cerita sangat menarik yang penuh dengan pengajaran, kegembiraan dan air mata.

Phir Bhi Dil Hai Hindustani yang diarahkan pengarah Aziz Mirza adalah filem komedi Hindi yang ditayangkan pada 2000 oleh Dreamz Unlimited dibintangi Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla.

Ajay Bakshi (Shah Rukh Khan) dan Ria Banerjee (Juhi Chawla) adalah wartawan televisyen untuk saluran berita di syarikat yang berbeza dan juga sering mendapat perhatian oleh masyarakat.

Mereka berusaha untuk menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang telah dituduh oleh ahli politik atas kesalahan yang tidak dilakukan padahal dia ingin menuntut keadilan demi anak perempuannya.

SRK dan Juhi memegang watak utama.

Filem yang juga dibintangi oleh Parash Rawal, Johnny Lever dan Atur Parchure itu telah memenangi Anugerah IIFA untuk Kesan Khas Terbaik.

Phir Bhi Dil Hai Hindustani akan ditayangkan di slot Hindi Special pada Jumaat pukul 9.30 malam hingga 12.30 tengah malam di Awesome TV.

Manakala filem arahan Andrew dan Vicky Jenson iaitu Shrek (2001) dibintangi oleh Mike Myers, Eddie Murphy, Cameron Diaz, dan John Lithgow.

Filem animasi komedi Amerika terbitan Dreamwork Animation ini adalah berdasarkan buku dongeng 1990 William Steig, Shrek.

Pertemuan Shrek dan Donkey telah menjadikan mereka rakan baik sehingga Donkey ingin mengikuti Shrek untuk pulang ke paya.

Malangnya Shrek mendapati payanya telah didatangi oleh banyak makhluk dongeng.

Lakonan mantap dua pelakon hebat Bollywood.

Shrek dan Donkey pergi ke istana untuk menuntut paya tetapi telah diberi syarat supaya menyelamatkan Puteri Fiona dan membawanya kembali kepada Farquaad.

Setelah pelbagai rintangan yang dihadapinya, Shrek akhirnya berjaya menemui Puteri Fiona namun sesuatu telah berlaku sehingga membuatkan Farquaad tidak mahu dengan Puteri Fiona lagi.

Saksikan filem yang pertama kalinya memenangi Anugerah Akademi untuk Animasi Terbaik 2001 pada Sabtu, pukul 10 malam hingga 12 tengah malam hanya di Awesome TV.

Dalam pada itu, slot Ohsem Tele pada Ahad akan menayangkan filem kegemaran semua peminat Hindustan iaitu Kabhi Kushi Kabhie Gham bermula pukul 9 malam hingga 11.30 malam.

Bermula dengan sebuah keluarga yang sempurna dan penuh dengan kegembiraan tetapi telah terpisah kerana keegoan ayah dan anak sehingga melukai insan tersayang.

Filem mengisahkan tentang Shrek dan Puteri Fiona.

Kabhi Khushi Kabhie Gham (Kadang Gembira, Kadang Sedih) adalah arahan kedua Karan Johar selepas Kuch Kuch Hota Hai.

Lakonan Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shahrukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor ini telah menambat hati ramai penonton sehingga menjatuhkan air mata walaupun beberapa kali ditonton.

Bermula apabila pasangan suami isteri iaitu Yashvardhan Raichard (Amitabh Bachchan) dan Raichard (Jaya Bachchan) telah mengambil anak angkat bernama Rahul (Shah Rukh Khan) semasa berusia lapan tahun.

Suami isteri tersebut juga telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Rohan Raichand, lakonan Hrithik Roshan.

Filem mengisahkan tentang kekeluargaan.

Pertemuan dua beradik itu bersama Anjali (Kajol) dan Pooja (Kareena Kapoor) di pesta membuatkan Rahul mula sukakan Anjali.

Namun mendapat tentangan hebat daripada bapanya kerana bapanya mahu menyatukan Rahul dengan Naina (Rani Mukerjee) yang merupakan anak kepada rakannya.

Rahul tetap dengan pendiriannya ingin berkahwin dengan Anjali sehingga dihalau oleh bapanya dan membawa diri ke London.

Mereka memulakan kehidupan di sana bersama adik Anjali iaitu Pooja dan orang gajinya yang telah dianggap seperti keluarganya sendiri.

Rahul dan Anjali juga telah dikurniakan anak lelaki yang comel dan cerdik yang sedang bersekolah di London.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain