suria

Engku Emran tutup komen IG, refleksi wajah Noor Nabila dalam kereta petunjuk sedang hangat bercinta

Pantulan imej pada foto skrin sentuh yang dimuat naik oleh Engku Emran di Instagram mengundang pertanyaan netizen.

GOSIP cinta membabitkan kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dan usahawan Engku Emran terus bertiup kencang di dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun sehingga kini, kedua-duanya memilih untuk mengunci mulut mengenai status hubungan mereka dan hanya memberikan petunjuk di laman sosial.

Terbaharu, sekeping foto yang dimuat naik oleh Engku Emran atau nama sebenarnya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, di Instagram miliknya sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Noor Nabila dedah terima banyak mesej tanya tentang perceraian - “Minta nasihat peguam... jangan DM saya”

Ini selepas bekas suami kepada pelakon Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella ini memuat naik gambar peranti radio skrin sentuh di dalam kereta menunjukkan lagu kegemarannya.

Namun apa yang menarik perhatian ialah kelibat seorang wanita di sebalik pantulan skrin yang dikatakan mirip seperti Noor Nabila, 37.

Mereka dikatakan mula rapat selepas sering mengikuti aktiviti berbasikal bersama-sama.

Malah, Engku turut memuat naik kapsyen seakan-akan memberi bayangan sedang bahagia bersama insan istimewa.

Choppy until you came along (Sukar sehingga kau datang dalam hidupku)," tulisnya.

Bagaimanapun, duda anak satu itu menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Pasangan ini mula rapat apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal, malah minggu lalu Engku Emran turut menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Noor Nabila.

Gosip mengenai mereka mula diperkatakan netizen selepas tular foto Engku Emran berada di rumah Noor Nabila.

Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun.

Pada 8 September 2017 dia sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Laudya kemudian bercerai sekitar bulan Jun 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain