“I dont care” maksud Atikah Suhaime bukan berkaitan soal mati - Hiburan | mStar

“I dont care” maksud Atikah Suhaime bukan berkaitan soal mati

Atikah tinggalkan pesanan untuk netizen. Foto Instagram @therealatikahsuhaime

PELAKON Atikah Suhaime berkata dia tidak peduli dengan sebarang kritikan atau kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya.

Menerusi Instagram, Atikah, 28, memuat naik rakaman video pendek yang ditujukan khas untuk golongan yang gemar mengecamnya di laman tersebut.

"Hello bawang rangers, ini untuk kamu. Netizen, makcik bawang, i don't care... dan untuk peminat, saya sayang kamu selalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tapi saya hanya boleh lihat ini dalam mimpi” - Atikah Suhaime

"Whatever, hukum saya dan terus hukum sesiapa, sebab itu adalah kehidupan korang, I don't care," katanya.

Bagaimanapun, tindakannya itu telah disalah anggap sesetengah pengikut sehingga mengaitkan kematiannya kelak juga tidak perlu dipedulikan.

Justeru itu, Atikah terpaksa menjelaskan semula maksud sebenar video tersebut iaitu merujuk kepada kata-kata negatif daripada netizen.

Penjelasan Atikah di Instastory.

"Bukan soal mati. Di sini saya nak sampaikan, hiraukan apa orang nak cakap fasal kita.

"Sebab kalau kita positif, Insya-Allah hidup kita akan bahagia. Itulah saya ucapkan I don't care!," jawabnya.

Video berdurasi kurang 10 saat itu menerima lebih 100,000 tontonan dan hampir 500 komen pengikut.

Pada 15 Mac lalu, Atikah dan penyanyi Awi Rafael sepatutnya mendirikan rumah tangga namun mereka membatalkan perkahwinan secara mengejut selepas setahun bertunang.

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu