“Harap ada yang sudi terima saya seadanya” - Fathia Latiff belum ada kekasih

Fathia berharap ada lelaki yang sudi menerimanya seadanya. Foto: SHAARI CHEMAT.

PELAKON sensasi Fathia Latiff mengakui masih belum berjumpa lelaki yang sesuai dijadikan sebagai pasangan hidup.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 32, berkata dia juga ingin berubah dan menjadi lebih baik sebelum bergelar isteri.

"Buat masa sekarang ini, saya masih belum ada pasangan atau kekasih. Bukan tak bersedia tapi mahu jadikan diri yang terbaik dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tolong eh Fathia! Kita kena selalu belajar, kalau tak boleh ditegur tu yang susah" - Tunku Hanis

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh Fathia buka tudung, Emma Maembong di celah kangkang abang menteri


Fathia mahu memperbaiki lagi dirinya menjadi lebih baik.

"Saya harap semua orang boleh doakan juga untuk saya. Harap-harap ada yang sudi menerima saya seadanya. Tapi saya serahkan pada Allah.

"Kalau ada jodoh, Insya-Allah mesti ada. Mungkin buat masa ni, orang nak saya fokus pada kerjaya dulu," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Aiman Hakim Ridza selama dua tahun namun berpisah pada 2015.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Kipas Belum Mati ini memberitahu dia kini sudah mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

Fathia aktif jual produk tudungnya.

Sementara itu, bercakap tentang kerjaya lakonan pula, Fathia mengimpikan untuk berlakon filem sekiranya diberikan peluang.

"Alhamdulillah, buat masa ni saya dah bergiat aktif dalam perniagaan pula. Saya baru sahaja keluarkan produk tudung jenama Nona Manis.

"Bidang lakonan pula masih minat utama saya. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya teringin nak berlakon untuk filem pula," ujarnya.

Sebelum ini, nama Fathia Latiff sering terpalit dengan kontroversi bermula tahun lalu sehingga awal tahun ini.

Fathia Latiff

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain