suria

“Selamat tinggal susu badan” -Shakilla Khoriri tertekan dan hampir putus asa

Shakilla telah berusaha pelbagai cara bagi menambah susu badan. Foto Instagram @shakillakhoriri

PELAKON Shakilla Khoriri mengakui berasa tertekan apabila pelbagai usaha dilakukan untuk menambah susu badan tidak berhasil.

Menurut Shakilla, dia telah berusaha sejak hari pertama kelahiran anak pertamanya itu, namun tidak berjaya.

"Stres... Ya! Stres sejak hari pertama sampai sekarang. It's okay. Selamat tinggal susu badan. No friend anymore.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah, saya dah jadi bapa!” - Fizi Ali dan Shakilla Khoriri dapat anak perempuan

"Pill milk booster, horlick, air suam dan segala air banyakkan susu. All done! (semua sudah).

Shakilla berkongsi luahan hati di Instagram.

"Fed up. Almost give up!," tulisnya di Instastory.

Isteri kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali ini selamat melahirkan bayi perempuan diberi nama Ameena Sofia secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Damansara pada 14 Mac lalu.

Fizi berkahwin dengan Shakilla, 30, pada 18 Februari tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Fizi Ali kini sedang mengikuti Jelajah Suria 2019 anjuran stesen radio Suria bertempat di Aman Central Alor Setar, Kedah pada Sabtu.

Artikel Lain