suria

Haziq Hussni terkesan berita kanak-kanak mati dipercayai didera ibu kandung - “Apa hak kau untuk ragut nyawa adik Amir macam ni?”

Gambar kenangan Allahyarham Amir bersama keluarga angkatnya.

BERITA kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek yang ditemukan maut pada Jumaat dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya meruntun hati seluruh rakyat Malaysia.

Kematian tragis itu turut disuarakan selebriti tempatan termasuk penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni, 31, yang meluahkan amarahnya terhadap ibu kandung kanak-kanak malang itu menerusi laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak mampu jaga, tak payahlah ambil” - Selepas 3 bulan diserah kepada ibu kandung, Amir pergi jua... luluh hati ibu angkat dapat tahu didera punca kematian

Menurut Haziq, ibu kandung kanak-kanak itu tidak sepatutnya mengambil semula Amir sekiranya tidak mempunyai niat untuk membesarkannya.

"Kenapa bulan 10 tahun lepas kau ambil adik Amir? Memang hak kau sebagai ibu kandung tapi apa hak kau untuk ragut nyawa adik Amir macam ni?

Haziq meluahkan perasaan sedih di atas pemergian tragis Amir.

"Sebab adik tu bahagia dengan keluarga angkat dia? Kalau tak nak jaga baik-baik, jangan kacau dia!" katanya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berasa sebak apabila menonton semula video Amir yang pernah tular pada Oktober lalu yang mana dirakam oleh kakak angkatnya sebelum diserahkan kepada ibu kandung yang menetap di Melaka.

"Nampak berat adik Amir nak tinggalkan keluarga angkat dia dalam video ini. Kenapa kau sanggup musnahkan hidup anak kau?

Sebab adik tu bahagia dengan keluarga angkat dia? Kalau tak nak jaga baik-baik, jangan kacau dia!

HAZIQ HUSSNI

PENYAMPAI RADIO

"Allahu, Kau berikanlah keluarga angkat adik Amir ketabahan," kata Haziq lagi.

Media pada Jumaat melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya, Melaka.

Gambar kenangan Amir bersama ibu angkatnya, Norlida Hassan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa ditemukan lemas dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata pihak polis kini menahan ibu dan bapa tiri mangsa masing-masing berusia 32 dan 38 tahun.

Kedua-duanya direman tujuh hari sehingga 5 Februari depan untuk membantu siasatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain