suria

Lagu baharu Andi Bernadee 'Kais Pagi Kais Petang' gambaran situasi rakyat terkesan pandemik Covid-19

Andi Bernadee memahami kesukaran yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP.

PENYANYI Andi Bernadee cukup memahami kesukaran hidup yang terpaksa ditempuh sebilangan besar rakyat Malaysia lebih-lebih ketika negara sedang diuji dengan pandemik Covid-19.

Bagi memberikan semangat agar semua terus bangkit untuk menghadapi hari mendatang, Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, 30, hadir dengan single baharu berjudul, Kais Pagi Kais Petang yang menceritakan perit jerih kesusahan dilalui masyarakat masa kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee terima 30 kotak hadiah daripada peminat misteri, minta buka sehari satu kotak - “Dia mesti rajin dan perwatakan menarik”

"Sebelum pandemik melanda negara lagi, memang sukar mencari rezeki pada masa kini. Isu ini banyak berlaku di sekeliling kita yang mana mungkin melibatkan ahli keluarga atau kawan-kawan kita.

"Kerja kuat hari-hari, buat bermacam-macam jenis kerja tapi pendapatan hanya cukup-cukup makan sahaja.

Poster menarik single terbaharu Andi, Kais Pagi Kais Petang.

"Bila hidup dari gaji ke gaji, kita sentiasa menghadapi kesukaran memenuhi keperluan atau kehabisan wang sebelum akhir bulan," katanya kepada mStar.

Sehubungan itu, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mengharapkan lagu Kais Pagi Kais Petang dapat menyuntik semangat serba baharu buat mereka yang terkesan terutama buat rakan-rakan artis yang sedang menghadapi masa sukar ketika negara masih lagi menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerja kuat hari-hari, buat bermacam-macam jenis kerja tapi pendapatan hanya cukup-cukup makan sahaja.

ANDI BERNADEE

PENYANYI

"Saya amat memahami kesukaran semua pihak terutamanya rakan-rakan dalam industri kreatif yang kehilangan sumber pendapatan pada waktu ini.

"Menerusi lagu ini saya berharap selain dapat menghiburkan ianya juga boleh memberi suntikan semangat buat mereka yang terjejas dalam menghadapi saat sukar ini," katanya.

Kais Pagi Kais Petang merupakan karya ciptaan bersama MFMF, Nasir Deraman dan Andi sendiri.

Single yang diterbitkan Warner Music Malaysia itu kini sudah boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain