suria

Isu foto 'sweet' dengan Ruhainies, Zul Ariffin hanya jalankan amanah sebagai pelakon - “Kalau anda tak nak tengok, jangan ada TV!”

Aksi mesra Zul Ariffin dan Ruhainies menjadi buah mulut netizen.

AKSI mesra pelakon Zul Ariffin dengan pelakon wanita gandingannya bukan satu isu baharu yang diperkatakan umum.

Terbaharu, aksi romantis Zul bersama Ruhainies menerusi sebuah drama bersiri Wifi Sebelah Rumah menjadi bualan berikutan perkongsian foto-foto mesra mereka di lokasi penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: “No point ambil tindakan... saya tak peduli” - Isu gambar lucah tak jadi ‘kudis’, Zul Ariffin tunjuk sifat matang, tenang hadapi kontroversi

Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 34, berkata dia cuma menjalankan tugas mengikut watak yang telah diamanahkan pihak produksi terhadap dirinya.

"Sebenarnya benda ini sensitif tapi kalau anda tak nak tengok, jangan ada TV lah.. itu komen ringkas yang saya boleh bagi.

"Sebagai seorang Muslim, kalau awak tengok perempuan pakai skirt dalam tv pun it's bad to see, apa entah lagi babak pegang-pegang, jadi jangan ada televisyen!

Zul dan Ruhainies digandingkan dalam sebuah drama bersiri komedi, Wifi Sebelah Rumah.

"Saya tahu komen ini kedengaran agak kasar.. tapi saya hanya menjalankan tugas (sebagai seorang pelakon) dan ini hanya pendapat saya sahaja," katanya kepada mStar.

Menginjak usia pertengahan 30-an, Zul berkata, dia mungkin akan mengurangkan watak pasangan bercinta.

Sebagai seorang Muslim, kalau awak tengok perempuan pakai skirt dalam TV pun it's bad to see, lagi babak pegang-pegang.

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Sebaliknya, pelakon filem Tombiruo ini ingin lebih mencuba karakter lain yang dapat mempelbagaikan bakat lakonannya.

Zul kini menjadi juri program Muzikal Lawak Superstar musim kedua.

"Kita bukannya makin muda, satu hari nanti saya akan kurangkan cerita cinta. Kalau anda perasan pun, saya dah kurang ambil tawaran berlakon cerita cinta lebih-lebih lagi dalam naskhah filem.

"Itu semua (watak bercinta), biar budak-budak muda yang buatlah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain