Fathia Latiff kembali bertudung, sedar tanggungjawab wanita Muslim - “Rupa-rupanya saya ni orang Islam yang kena pakai hijab”

Fathia akhirnya mula mengenal diri dan tanggungjawab sebagai wanita Muslim.

PELAKON sensasi Fathia Latiff berkata keputusannya untuk kembali mengenakan hijab dibuat selepas menilai kembali tanggungjawabnya sebagai wanita Islam.

Cerita Fathia, pergaulannya dengan rakan-rakan yang berbeza agama membuatkan dia lebih mengenali diri dan asal usul.

"Saya banyak bergaul dengan orang bukan Islam dan ketika itu terdetik siapa diri ini... ketika solat, saya rasa macam tenang. Baru sedar rupa-rupanya saya ni orang Melayu, Islam yang kena pakai hijab.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masih dalam proses belajar mengenai agama” - Fathia Latiff simpan niat bertudung semula

"Saya macam tahu asal-usul. Saya tengok orang lain tak pakai, rasa macam cemburu juga. Tapi saya orang Islam, kena pakai tudung dan tak boleh ikut orang lain. So, saya mula pakai masa bulan Ramadan.

Fathia berkongsi perkara itu ketika sesi temu bual bersama Caprice.

"Masa Saya tak pakai tudung, rasa macam tak sedap hati. Sekarang Alhamdulillah... I feel relax and more like contented," katanya.

Fathia berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama penyanyi rap Caprice di Instagram.

Menerusi temu bual sama, Fathia turut bercerita pengalaman kali pertama dia membuat keputusan untuk berhijab sekitar tahun 2016 ketika sedang berseronok di pusat karaoke.

Berkongsi pengalaman lalu itu, pelakon Ariana Rose ini berkata, dia melihat perkara menakutkan yang sukar untuk digambarkan seolah-olah satu teguran agar dia menutup aurat.

Masa tak pakai tudung I rasa tak sedap hati.

FATHIA LATIFF

PELAKON

"Sebenarnya rasa hidup macam tak bermakna. Tiba-tiba saya rasa nak berhijab, masa itu tengah karaoke.

"Tiba-tiba tengah menyanyi, tengah bergembira saya boleh nampak benda-benda yang tak best. Macam all this ghost stuff. Saya gementar dan takut gila dan saya ambil selimut, tutup kepala.

"Saya nampak atuk yang dah meninggal dunia dan ketika itu saya tanya atuk sihat ke? Atuk ok ke Fathia macam ini dan dia geleng kepala. So, I was like so paranoid over it," ujarnya.

Dalam pada itu, Fathia juga mendedahkan dia mengambil keputusan membuka tudung sekitar tahun 2019 disebabkan mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya.

"Saya rasa marah dan memberontak kerana seorang lelaki yang kantoi mesej dengan wanita lain.

"Ketika itu saya fikir kenapa jadi baik tapi orang lain buat jahat pada saya" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain