suria

Elfira Loy tutup kafe Love Me Sevendays selepas lima tahun operasi - “Sedih tapi saya rasa ini yang terbaik”

Elfira sedih terpaksa tutup kafe miliknya selepas lima tahun dibuka.

SELEPAS lima tahun beroperasi, pelakon Elfira Loy terpaksa membuat keputusan untuk menutup kafe miliknya iaitu Love Me Sevendays.

Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 26, penutupan itu dibuat bukan disebabkan pendamik Covid-19, sebaliknya dia sukar memberi komitmen terhadap operasi harian kafe tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy tegur sikap golongan bangga tayang aktiviti beraya di laman sosial - “Nak buat benda salah jangan show off la itu saja cerita dia!”

"Saya mahu mengimbau semula pada hari pertama saya mendapat kunci kedai hingga hari terakhir @lovemesevendayscafe. Saya simpan berita ini agak lama sebab saya sendiri tak pasti nak teruskan atau tidak.



Elfira memuat naik foto kenangan di kafe miliknya.

"Bukan disebabkan pandemik ke apa tapi sebab utama saya tidak boleh lakukan 10 kerja dalam satu masa dan lepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Jadi, ini adalah keputusan terbaik.

"Hari ini (Khamis), kami sudah kemaskan semuanya, buang semua barang, kemas-kemas ada yang jual juga. Sedih tapi saya rasa ini adalah yang terbaik," kata Elfira.

Elfira berkongsi berita sedih itu dengan memuat naik beberapa foto kenangan kafe tersebut di laman Instagram miliknya.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada netizen yang turut kecewa dengan berita itu.

El juga ingin memohon maaf jika sepanjang adan berada di sini kami menggores hati anda.

ELFIRA LOY

PELAKON

Dalam pada itu, Elfira turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah datang ke kafe tersebut dan sentiasa menyokongnya.

Malah, Elfira juga memohon maaf jika pihaknya ada menggores hati pelanggan dan turut berharap agar diberikan rezeki untuk membuka semula kafe tersebut.

"El nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang pernah datang ke kafe El, sokong El dan sentiasa bagi kata semangat kepada El.

"El juga ingin memohon maaf jika sepanjang anda berada di sini kami ada menggores hati anda. Saya harap ini bukanlah pengakhiran. Jika ada rezeki, nak buka lagi." ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Elfira Loy,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain