Semakin dikenali sebagai ahli perniagaan, Shuib pertimbang gelaran Datuk - “Saya masih fikir-fikir lagi... ada yang kata macam tak sesuai!”

Shuib sedang mempertimbangkan tawaran gelaran Datuk dari sebuah negeri.

PELAWAK Shuib berkata dia sedang mempertimbangkan tawaran kurniaan gelaran Datuk dari sebuah negeri.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, bagaimanapun berkata dia masih perlu memikirkan beberapa faktor sebelum bersetuju menerima gelaran tersebut.

"Cuma perlu saya cakap ya sahaja, dah dapat Datuk! Sejujurnya memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”

"Tapi saya masih fikir-fikir lagi... saya ada bertanya pendapat orang lain termasuklah pihak pengurusan dan rakan-rakan terdekat dahulu.

"Ada yang kata macam tak sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebagainya. Saya sendiri tertanya sesuai ke nak dapat gelaran itu walaupun mereka kata kriteria itu dah cukup... tak tahulah kita tengok dahulu macam mana!," katanya kepada mStar.



Isteri tulang belakang kejayaan Shuib.

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini ditemui semasa pelancaran cawangan ketiga Bubblebee Malaysia yang diadakan di Suite Apartment Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, Shuib berkata sebagai ahli perniagaan dia melihat gelaran tersebut mampu memberikan kelebihan kepadanya dalam beberapa hal.

Lebih-lebih lagi dia dikelilingi oleh usahawan yang berpengaruh yang turut memiliki gelaran tersebut.



Shuib banyak berurusan dengan tokoh korporat.

"Kalau dari sudut bisnes rasa macam saya perlu mempertimbangkan tentang perkara ini. Secara peribadi saya rasa perlu gelaran Datuk ini!

"Saya selalu hadiri mesyuarat dan berbincang mengenai perniagaan dengan usahawan bergelar Datuk Seri dan Datuk ada kala membuatkan saya rasa janggal diri.

"Apabila ada gelaran mungkin rasa dia lain sikit... itulah tak tahu nak cakap lagi! Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya yakin untuk menerima gelaran itu,"

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shuib, Siti Sarah

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain