Ebit Lew sebak lihat kehidupan daif To'ki, hadiahkan peti ais dan mesin basuh - “Dari jauh dia sambut dan peluk saya”

Ebit akan membantu To'ki dari segi bekalan air.

KEHIDUPAN daif yang dilalui penyanyi terkenal To'ki bersama isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, mendapat perhatian pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew.

Ebit meluahkan rasa sebak melihat keadaan To'ki dan isterinya yang sakit yang sakit tinggal di sebuah pondok kecil sejak setahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua malam mimpi arwah... Ebit Lew tak hirau letih, terus ziarah pusara ibu – “Penat bila tak dapat bantu orang je”

Menurut Ebit, To'ki menyambut kedatangannya pada Rabu dengan pelukan yang kuat seperti mereka sudah lama mengenali satu sama lain.



Ebit berkongsi keadaan rumah To'ki bersama isternya yang sakit.

"Sebak sayu tadi ziarah To'ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di FB berita ini. Saya terus ke sana. Sampai saja dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini.

"Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To'ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To'ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat. Dari jauh To'ki terus sambut saya dan terus peluk saya.

"Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To'ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz," kata Ebit menerusi laman sosial miliknya.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata pujian daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan Ebit membantu penyanyi lagu Hampa itu dipermudahkan.

Insya-Allah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai serta bilik air.

EBIT LEW

PENDAKWAH TERKENAL

Sebelum ini, kisah mengenai To'ki yang tinggal di pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor bersama isterinya yang sakit menjadi perhatian umum.

Kata To'ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun teratak kecil ini baginya saling tidak ubuah sebuah 'syurga' buat dia dan isteri.

Dugaan berganda buat To'ki apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akibat kemalangan pada 10 Jun lalu.

To'ki juga ada meluahkan hasrat untuk mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.



Ebit kongsi momen ketika bertemu To'ki.

Dalam pada itu, Ebit memberitahu dia yang menghadiahkan sebuah peti ais serta mesin basuh untuk pasangan tersebut.

Selain itu, menerusi siaran langsung Ebit, individu yang dikenali sebagai Hj Hamid dari Kulim, Kedah juga akan memberikan kayu pain untuk membina sebuah rumah cantik untuk To'ki dan isteri.

"Insya-Allah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai serta bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.

"Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang," ujarnya.

To'ki turut menerima bantuan dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan iaitu sebuah kediaman kondusif yang sewanya akan dibayar selain komputer riba.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

To'ki, Ebit Lew,

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain