Foto bersama jejaka mat salih cetus spekulasi, Intan Liana Saleh buka mulut tentang pengganti - “Dia tempat berkongsi masalah”

Intan Liana Saleh cetus persoalan selepas berkongsi foto bersama seorang lelaki mat salih.

GARA-GARA memuat naik sekeping gambar seorang jejaka 'mat salih' di laman sosial instagram, model yang juga bekas isteri pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Saleh dikatakan sudah bertemu pengganti.

Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh,menjelaskan dia dan lelaki itu hanya sekadar kawan baik yang sentiasa saling menyokong dan berkongsi masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah... Tahniah bekas madu, ‘bonda’ pun dalam perjalanan bahagia” - Ucapan Intan buat Izreen Azminda

"Dia bukan teman lelaki saya, hubungan kami hanya sekadar kawan baik. Tapi saya tak nafikan hubungan itu agak rapat,

"Walaupun sekadar kawan, dia seorang yang caring selain menjadi tempat berkongsi masalah" katanya kepada mStar.



Intan Salleh pernah bergelar madu kepada pelakon Izreen Azminda.

Dalam pada itu, ditanya lanjut tentang latar belakang pemuda berkenaan, Intan enggan mengulas.

"Maaf buat masa ini saya tidak mahu berkongsi tentang asal usul lelaki itu dan dari mana kami berkenalan," ujarnya.



Intan bersama dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan Ude Wahid.

Pada Isnin, Intan menimbulkan spekulasi apabila memuat naik sekeping foto bersama seorang jejaka dengan nukilan istimewa buat lelaki itu.

Namun, dia memadam foto berkenaan selepas menerima pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen dan pengikutnya memberi komen positif dan mendoakan yang terbaik untuk Intan.

"Semoga sentiasa bahagia dan pelangi yang indah untuk bonda (Intan).

"Saya mendoakan yang baik-baik untuk bonda, okey.



Intan menjelaskan hubungan dengan jejaka kacak hanya sekadar kawan baik.

"Allah gantikan yang lebih baik dari yang sebelum ini, semoga dipermudahkan bonda," komen beberapa netizen.

Intan dan Ude diijabkabul pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun.

Intan sempat bermadu dengan Izreen Azminda selepas Ude mengahwini aktres itu pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Intan Salleh

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain