suria

“Saya balik nak mandi, tapi tangan tak boleh angkat” - Che Ta kongsi pengalaman jadi perisik

Rozita Che Wan bergandingan bersama Alif Satar dalam drama bersiri Family Spy.

BERLAKON membawakan watak sebagai seorang perisik menguji kemampuan fizikal pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta.

Kata Che Ta, 46, pengalaman berlakon dalam drama bersiri Family Spy cukup menyeronokan kerana ia berbeza daripada karakter yang pernah dijayakan sebelum ini.

"Seronok kerana untuk pertama kalinya dapat karakter berbeza dan lain daripada yang lain. Sebab saya tak pernah bawakan watak sebagai spy.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai spec sebab tak pakai bulu mata” - Netizen usik Che Ta bercermin mata hitam saiz 'extra' ketika makan durian

"Saya bukan orang yang suka bersukan, apabila fighting scene itu dibuat banyak kali, tangan jadi lenguh. Apabila saya balik dan nak mandi, tangan tak boleh angkat," katanya.

Barisan pelakon yang menjayakan drama Family Spy.

Sementara itu menurut Che Ta, dia sedia menghadiri kelas tinju untuk membuat persiapan bagi membawakan watak sebagai seorang perisik dengan lebih baik.

"Kalau ada musim yang kedua, saya akan pergi ke kelas boxing untuk membuat persiapan," ujarnya.

Rozita ketika ditemui semasa sidang media drama bersiri Family Spy di Great Eastern Mall.

Selain Che Ta, drama rantaian itu turut menampilkan Alif Satar, Airiezara Jasmin, Nynas Harizal, Sham Visa dan Charis Ow.

Drama ini bakal disiarkan di Astro Ceria dan Ceria HD pada 11 Mac ini.

Rozita Che Wan, Family Spy

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wajah bayi berkedut seperti berusia 80 tahun