suria

Rupa-rupanya ini rahsia mengapa peminat sayang Siti Nordiana - “Saya cuma jadi diri sendiri dan jaga hati mereka”

Siti Nordiana enggan terlalu berharap dan meletakkan kepercayaan kepada peminat untuk mengundi.

TIADA siapa dapat menyangkal kuasa peminat turut menjadi antara penentu perkembangan karier seseorang selebriti.

Justeru itu, penyanyi Siti Nordiana memilih untuk menjaga hubungan baik dengan para peminatnya dan meletakkan mereka sebagai keutamaan dalam kerjaya seni.

"Sebenarnya saya sendiri tak sangka peminat betul-betul sayang kita, daripada awal jadi penyanyi dah ada peminat setia dan apabila buat comeback peminat semakin bertambah.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai penuh pencalonan AME2020, Mira Filzah dan Siti Nordiana ‘sangkut’ empat kategori

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai suka tonton episod zoo mini Afieq Shazwan, segmen #Bizibody tercalon Top 5 Program MeleTOP AME2020

"Kalau orang tanya apa rahsia jaga hubungan itu... saya cuma jadi diri sendiri dan jaga hati mereka.

"Peminat ni mereka tak minta apa pun, cuma nak kita hargai mereka sahaja dan beri sokongan serta selalu berhubung," katanya kepada mStar.

Nana tak mengharapkan kemenangan dalam sesebuah pertandingan.

Penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini ditemui semasa pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP ERA 2020 yang diadakan di Menara TA One, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi AME2020, Siti Nordiana atau Nana tercalon bagi empat kategori iaitu Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan satu pencalonan bersama Khai Bahar bagi kategori Grup/Duo MeleTOP.

Ditanya mengenai harapannya untuk mengekalkan trofi utama Top Top MeleTOP pada AME2020, Nana berkata dia enggan terlalu berharap.

Antara selebriti yang tercalon dalam Top 5 AME2020.

Sebaliknya, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada peminat dalam menentukan keputusan yang bakal diketahui April depan.

"Saya tak letak harapan, ikut sahaja undi peminat dan serahkan pada mereka.

"Kita ikhtiar bantu mudahkan kerja mereka dengan letak link mengundi di Instagram dan selebihnya berbalik kepada rezeki.

Siti Nordiana dan Khai Bahar rangkul kategori utama Top Top MeleTOP pada tahun lalu.

"Tapi dalam hal ini nampaknya peminat yang lebih teruja... kadang-kadang kita tak suruh pun mereka undi, tapi mereka yang nak kempen sendiri," ujarnya.

Untuk rekod pada AME tahun lalu, Siti Nordiana membawa pulang trofi utama Top Top MeleTOP Wanita dan bagi kategori lelaki menjadi milik penyanyi Khai Bahar.

AME2020 bertemakan Epik Glam dengan tagline Yang Epik Yang Legend akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April depan.

Ia boleh ditonton secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat secara online menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi Syok serta melalui kiriman SMS bermula Selasa sehingga 12 April pukul 12 tengah hari.

Siti Nordiana

Artikel Lain