Norman Hakim terkilan tak pernah jumpa Baby D - “Tolong cari kami di syurga nanti ya sayang!” - Hiburan | mStar

Norman Hakim terkilan tak pernah jumpa Baby D - “Tolong cari kami di syurga nanti ya sayang!”

Norman Hakim dan anak-anaknya tidak berpeluang untuk bertemu dengan Baby D iaitu bayi sulung kepada Abby serta Faizal.

PELAKON Norman Hakim turut meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak kepada bekas isterinya, Abby Abadi iaitu Muhammad Danial Firman yang meninggal dunia ketika berusia dua bulan pada Sabtu.

Norman berkata, mereka sekeluarga tetap menyayangi bayi tersebut biarpun belum berkesempatan untuk bertemu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Abby Abadi meninggal dunia - “Maafkan abah sebab tak dapat uruskan untuk kali terakhir” 

"Walaupun papa, mama, abang-abang dan kakak-kakak semua tak pernah bertentang mata dan tak pernah dapat peluang belai Baby D kecuali abah dan mama tapi kami sangat menyayangi Baby D.

Norman sedih tak dapat lihat Baby D.

"Hari-hari dengar perkembangan Baby D daripada abah dan mama. Dan sekarang Baby D dengan izinNya dah pun ke syurga tinggalkan kami dahulu.

"Antara sebab Baby D bawa abah @jaiezzany dan mama @abby_abadi112 ke syurga juga nanti," tulisnya menerusi laman Instagram pada Ahad.

Muhammad Danial merupakan anak pertama Abby bersama suaminya Muhamad Faizal dilahirkan pra matang seberang 535 gram pada 27 September lalu.

Selepas lebih dua bulan bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bayi itu akhirnya meninggal dunia akibat komplikasi pada hati.

Semalam rasa macam mimpi bila abah beritahu Baby D dah tak ada tinggalkan kami selepas Isyak waktu Makkah.

NORMAN HAKIM

Pelakon

Berita sedih itu dikongsi Abby dan suaminya menerusi Instagram pada awal pagi, Ahad.

Bagaimanapun kedua-dua mereka kini berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah sejak Khamis lalu melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat menatap wajah bayi itu buat kali terakhir.

Dalam pada itu, Norman memberitahu dia masih tidak percaya menerima perkhabaran sedih itu. Katanya, dia dan keluarga akan menziarahi pusara Muhammad Danial setibanya di Malaysia pada minggu depan.

"Semalam rasa macam mimpi bila abah beritahu Baby D dah tak ada tinggalkan kami selepas Isyak waktu Makkah.

Norman, Memey, Abby dan keluarga mereka kini berada di Makkah bagi menunaikan umrah.

"Hari ini bangkit dari Tahajud, pun rasa macam mimpi juga tapi bila buka IG tengok komen dan tengok ramai yang mendoakan serta sedekahkan Baby D Al-Fatihah, memang kenyataan Baby D dah tak ada, dah tinggalkan kami semua.

"Insya-Allah selesai umrah, bila balik Malaysia nanti, kami akan ziarah Baby D kat pusara nanti. Tunggu kami datang ya sayang.

"Insya-Allah kita jumpa lagi nanti betul-betul kat syurga (kalau tak jumpa, selain daripada abah dan mama, tolong cari kami nanti juga tau sayang)," katanya.

Abby kongsi berita sedih anaknya sudah meninggal dunia pada Sabtu.

Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Bekas anggota kumpulan Elite itu  pernah berkahwin dengan Norman Hakim, bagaimanapun bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 11 tahun.

Norman Hakim , Abby Abadi

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser