“Neelofa... terimalah teguran dengan hati terbuka” - Dr Che Hafiz 'back up' Dr Amalina, akui masalah obesiti semakin serius - Hiburan | mStar

“Neelofa... terimalah teguran dengan hati terbuka” - Dr Che Hafiz 'back up' Dr Amalina, akui masalah obesiti semakin serius

Dr Che Hafiz minta Neelofa terima teguran dengan hati terbuka.

SUSULAN teguran secara terbuka diberikan oleh pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri, 31 tentang produk minuman pengacara terkenal Neelofa, doktor perubatan yang juga suami Lufya Omar iaitu Dr Che Hafiz turut berkongsi pendapat peribadinya.

Pemilik nama sebenar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum bersetuju dengan pendapat Dr Amalina kerana perkara itu menyentuh isu kesihatan dan secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada pengguna dalam jangka masa panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak salah jual susu pisang, tetapi iklan itu agak mengelirukan” - Dr Amalina minta penjelasan Neelofa ‘overclaim’ khasiat produk minuman keluarannya

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa akui kesilapan pada risalah, susu pisang akan dipromosikan sebagai susu berperisa pisang

"Dari sudut pandangan, saya memang setuju dengan teguran yang dibuat oleh Dr Amalina.

"Saya harap Neelofa dapat menyambut teguran tersebut dengan hati yang terbuka sebab jika kita overclaimed tentang sesuatu produk apatah lagi ia menyentuh isu kesihatan, ibarat seseorang itu memberikan janji bulan dan bintang kepada masyarakat tanpa memikirkan kesan negatif kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang," ujarnya.

Pada Selasa lalu, Dr Amalina menerusi Twitter peribadinya meminta penjelasan usahawan itu tentang khasiat susu pisang yang dianggap keterlaluan dipromosikan.

Bagaimanapun, pengacara terbabit pada Ahad meluahkan rasa kurang senang dan kesal sikap segelintir Melayu yang menjatuhkan perniagaan kaum sendiri.

Saya harap Neelofa dapat menyambut teguran tersebut dengan hati yang terbuka

DR CHE HAFZ

DOKTOR PERUBATAN

Dr Che Hafiz yang merupakan doktor perubatan di sebuah hospital kerajaan berkata, masalah obesiti merupakan antara penyakit serius yang melibatkan rakyat Malaysia.

Dia turut meminta para penjual dan usahawan lebih bertanggungjawab terutamanya dalam mempromosikan produk yang melibatkan kesihatan pengguna.

"Penggunaan ayat bagi tujuan mempromosikan iklan sesuatu produk amatlah perlu berhati-hati supaya pembeli tidak akan salah faham akan kegunaan produk yang dibeli.

"Apatah lagi ia mengandungi  unsur-unsur  yang melibatkan kesihatan diri supaya pembeli tidak menyesal di kemudian hari," tegasnya.

Dr Che Hafiz , tegur , overclaim

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain