“Saya jadikan tekanan itu doa mereka” - Peminat letak harapan lagu ‘Sumpah’ Naim Daniel menang AJL34 - Hiburan | mStar

“Saya jadikan tekanan itu doa mereka” - Peminat letak harapan lagu ‘Sumpah’ Naim Daniel menang AJL34

Naim Daniel menganggap harapan peminat untuk melihatnya memenangi AJL34 sebagai satu bentuk doa.

PENYANYI Naim Daniel menyedari ada peminat meletakkan harapan tinggi agar lagu nyanyiannya berjudul Sumpah diangkat memenangi Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang akan berlangsung Februari tahun depan.

Bagaimanapun, Naim berkata dia enggan terlalu memikirkan mengenai perkara itu kerana bimbang memberikan tekanan sehingga mengganggu persembahannya kelak.

"Kalau difikirkan komen pendengar dan peminat itu sebagai tekanan, ya kita pun akan tertekan! Jadi saya tukarkan ia sebagai doa peminat dan aminkan sahaja doa mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anta Permana, Ragaman tepati ramalan layak ke AJL 34

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu luahan biasa... bukan tentang saya sahaja” - Peminat bimbang Naim Daniel berdepan ‘depression’

"Apabila ada orang kata lagu ini mungkin akan jadi juara, saya terima dan anggap sebagai kata-kata positif supaya tak rasa satu tekanan.

"Lagipun sebagai seorang pengkarya kita kena berbangga dengan karya sendiri. Kalau kita tak percaya dengan karya kita, bagaimana orang lain nak yakin!," katanya kepada mStar.

Naim persiapkan diri dengan mengikuti kelas vokal.

Lagu Sumpah ciptaan sepenuhnya Naim Daniel dan Omar K merupakan antara 12 lagu yang layak melangkah ke pentas AJL34.

Dalam pada itu, Naim berkata dia ada mengikuti kelas vokal bagi memantapkan lagi persembahannya pada malam tersebut.

Apabila ada orang kata lagu ini mungkin akan jadi juara, saya terima dan anggap sebagai kata-kata positif supaya tak rasa satu tekanan!

NAIM DANIEL

Penyanyi

"Sejak semi final lagi pihak pengurusan menyediakan kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi ruang untuk saya bereksperimentasi serta melihat sendiri tahap kemampuan vokal.

"Untuk lagu Sumpah lebih banyak bermain dengan emosi, jadi kalau boleh biarlah persembahan saya nanti ditekankan emosi dan penyampaiannya.

Antara penyanyi yang akan bersaing di pentas AJL34.

"Konsep persembahan pula saya tak mahu ia dianggap keterlaluan sehingga mengaburi vokal sebagai penyanyi... bagaimanapun dalam sesebuah pertandingan secara keseluruhan persembahan akan diambil kira,” ujarnya.

Selain lagu Sumpah, 11 lagu lain yang akan bersaing merebut gelaran juara ialah Anta Permana yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan dinyanyikan Bob Yusof, Drama (kumpulan Drama Band), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Ku Bersuara (Ernie Zakri), Bangun (Aman Ra) dan Ragaman (Fairuz Misran).

Manakala, Rampas (Akim & The Majistret), Dinda (Kugiran Masdo), Peneman (Hazama The Penglipurlara), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) dan Sumpah (Aina Abdul).

Naim Daniel , Sumpah , AJL34

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain