Neelofa terkilan anak Melayu jatuhkan Melayu, Dr Amalina kata salah tetap salah! - Hiburan | mStar

Neelofa terkilan anak Melayu jatuhkan Melayu, Dr Amalina kata salah tetap salah!

Neelofa sedih sikap sesetengah orang Melayu, Dr Amalina akan bersuara demi kesihatan rakyat Malaysia.

PENGACARA Neelofa mengakui terkilan dan bersedih dengan sikap segelintir orang Melayu yang cuba menjatuhkan perniagaan orang lain dari bangsa yang sama.

Menurut Neelofa, tindakan itu hanya akan merugikan dan menyekat kemampuan anak muda untuk menambah baik taraf hidup masing-masing.

"Saya terkilan sebab bisnes (susu pisang) ini buka peluang kepada anak Melayu muda berniaga, kebanyakan belum pernah berniaga dan mereka nak belajar meniaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa akui kesilapan pada risalah, susu pisang akan dipromosikan sebagai susu berperisa pisang

"Saya sedih orang Melayu juga yang tutup peluang dan kalau tengok bangsa lain tepuk tangan. Anak Melayu cuba bagi peluang tapi anak Melayu juga nak jatuhkan... kita kena tukar attitude dan mindset ini!

"Kalau macam ini pantang tengok anak Melayu berjaya sampai bila kita tak akan kaya dan jadi orang berkuasa, semuanya bermula dengan kita, jangan tokok tambah dan memperbesarkan benda ni," katanya.

Neelofa luahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah orang Melayu.

Neelofa berkongsi luahannya itu menerusi Instastory semasa ditemubual oleh wartawan pada Jumaat lalu.

Sebelum itu, pengacara program Meletop ini menjelaskan risalah berkaitan susu pisang yang menjadi salah faham dan mengelirukan pengguna sehingga menerima teguran daripada pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri.

Neelofa berkata, risalah produk minuman yang diedarkan baru-baru ini tidak mendapat kelulusan daripada kilang atau agensi yang dilantik.

Saya sedih orang Melayu juga yang tutup peluang dan kalau tengok bangsa lain tepuk tangan!

NEELOFA

Pengacara

Malah, pihaknya juga akan mengambil langkah berhati-hati sebelum memuat naik perkongsian atau kenyataan di media sosial dan akan memperkemaskan lagi bungkusan susu pisang selepas susu itu diperiksa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mereka juga akan menghantar beberapa dokumen yang diminta KKM bagi memastikan produk itu dipromosikan sebagai susu berperisa pisang.

Pada Selasa lalu, Dr Amalina menerusi Twitter peribadinya meminta penjelasan usahawan itu tentang khasiat susu pisang yang dianggap keterlaluan dipromosikan.

Perkongsian Dr Amalina di Twitter dan nama Neelofa dan Melayu menjadi trending di laman tersebut.

Gara-gara isu susu pisang ini, nama Neelofa dan Melayu menjadi trending di laman Twitter.

Sementara itu, Dr Amalina pula meminta tiada pihak memainkan isu perkauman dalam sesuatu kesilapan yang dilakukan.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus kepada siapa mesej tersebut ditujukan.

"Saya harap orang menghentikan menggunakan bangsa sebagai alasan 'Melayu nak jatuhkan Melayu'. Ini adalah tentang integriti, etika dan tanggungjawab. Salah tetap salah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Saya akan bersuara tak kira siapa anda jika ia mendapat perhatian saya.

"Saya tak dapat apa-apa faedah dengan berbuat demikian, saya menentang dan bercakap mengenai produk overclaim dan berbahaya untuk melindungi orang Malaysia," tulisnya.

Neelofa , Dr Amalina

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain