“Jika ada rezeki untuk berkahwin lagi saya tak menolak” - Bkay Nair kembali ke set penggambaran selepas enam tahun menyepi - Hiburan | mStar

“Jika ada rezeki untuk berkahwin lagi saya tak menolak” - Bkay Nair kembali ke set penggambaran selepas enam tahun menyepi

Bkay Nair hanya beri tumpuan pada perniagaan.

PELAKON dan bekas ratu cantik, Bkay Nair membuat kemunculan semula menerusi filem terbaharunya Banglo No 99 selepas hampir enam tahun tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Bkay atau nama sebenarnya, Tryambikay Vengades, 37, mengakui dapat melepaskan rindu kembali ke set penggambaran kerana ia merupakan sebahagian dari jiwanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bkay Nair Buka Bisnes Bukan Kerana Lakonan Tak Menjadi

ARTIKEL BERKAITAN: Bkay Nair Mengaku Tertarik Dengan Lelaki Melayu

“Ini merupakan filem baharu saya, sebelum ini saya berlakon dalam filem Ratu The Movie, Raya Tak Jadi dan Bujang Terlajak. Kemudian, saya sempat buat kemunculan di beberapa drama dan telemovie sekitar 2012 sebelum mengambil keputusan untuk beri sepenuh tumpuan kepada syarikat saya.

Bkay Nair akui rindu untuk beraksi kembali dalam dunia lakonan.

“Sebenarnya saya bukan menyepi tapi beri fokus pada perniagaan. Saya mengaku sangat rindu lagi pula sudah lama tak beraksi depan kamera. Semangat itu ada, jadi saya fikir mungkin inilah masa untuk saya buat ‘comeback’,” katanya ketika dihubungi mStar.

Jelas Bkay, pembabitnya menerusi filem Banglo No 99 arahan Khir Mohd Noor itu adalah kerana perasaan rindu dalam dunia lakonan.

Dalam pada itu, Bkay turut akui sedikit gementar ketika berada lokasi penggambaran selepas enam tahun berehat.

Semangat itu ada, jadi saya fikir mungkin ini masa untuk saya buat ‘comeback’ selepas hampir enam tahun menyepi

BKAY NAIR

PELAKON/BEKAS RATU CANTIK

“Sebenarnya saya agak gementar pada hari pertama di set penggambaran filem tersebut sebab dah lama tak beraksi. Tetapi saya sangat bersyukur kerana rakan-rakan artis sudi membantu dalam memberi nasihat dan semangat kepada saya.

“Walaupun mereka sendiri dah terkenal dan sudah lama berlakon tetapi mereka langsung tidak kekok dalam memberi tunjuk ajar kepada saya. Itu yang membuatkan saya tidak rasa tertekan dalam membawa watak tersebut,” kongsi.

Kongsi Bkay, filem itu turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Yusof Haslam, Harun Hashim, Johan As’ari, Hafeez Mikail dan Camelia Natasya dan bakal ditayang pada 12 Disember ini.

Lokanan Bkay Nair (kanan) bersama Johan As'ari menerusi filem Banglo No 99. FOTO: Instagram

Mengulas lanjut mengenai kehidupan peribadinya, wanita yang berasal dari Kulai, Johor ini berkata mengakui sudah bercerai dengan suaminya Mike Tan pada April tahun lalu.

Bagaimanapun dia tidak pernah serik untuk kembali berumah tangga jika menemui pasangan hidup yang serasi.

“Pada saya tidak semestinya apabila benda itu (perceraian) terjadi buatkan saya berputus asa. Hati saya masih terbuka untuk mengenali seseorang asalkan lelaki itu mampu menjaga saya dan baik, saya akan terima.

“Buat masa sekarang, saya sendiri masih belum bertemu pengganti yang sesuai. Jika ada rezeki untuk berkahwin lagi saya tidak menolak,” ujarnya.

Bkay Nair sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya, Mike Tan di Buudhist Maha Vihara, Brickfields pada 7 Disember 2015 dan berpisah secara rasmi pada April 2018.

Walau bagaimanapun, pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.

Bkay Nair , lakonan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain