“Nak bercerai, Lillahi Ta'ala... bukan datang daripada saya” - Sharnaaz tak mahu berpisah, tetap pertahankan rumah tangga - Hiburan | mStar

“Nak bercerai, Lillahi Ta'ala... bukan datang daripada saya” - Sharnaaz tak mahu berpisah, tetap pertahankan rumah tangga

PELAKON Sharnaaz Ahmad memberitahu sebagai seorang suami dia wajib mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama ahli perniagaan yang juga kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor.

Bagaimanapun, pelakon filem Juvana ini berkata, dia menerima andai takdir sudah menentukan hubungan yang dibina selama dua tahun itu terpaksa berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada ruang berdamai, Sharnaaz dan Noor Nabila diperintah jalani proses timbang tara

"Kalau nak bercerai, tak payah cakap banyak saya masuk dalam (dewan), saya dah bercerai tapi kita ada prosedur dan undang-undang.

"Buat apa saya kahwin dengan dia kalau niat untuk bercerai. Kalau nak bercerai itu, Lillahi Ta'ala, bukan datang daripada saya.

Sharnaaz peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader.

"Saya berkahwin dan tak ada niat untuk ceraikan dia. Biar yang itu (kes perceraian) mahkamah yang putuskan," kata Sharnaaz kepada mStar.

Sharnaaz ditemui selepas selesai prosiding kes perceraiannya yang dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Pada 6 November lalu, mahkamah memerintah melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perceraian pasangan tersebut selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik sebelum ini.

Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Menerusi proses itu, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Sayang atau tidak sayang itu adalah subjektif tapi mempertahankan itu wajib.

SHARNAAZ AHMAD

Pelakon

Susulan itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memberitahu pihaknya melantik salah seorang rakan baiknya, manakala Noor Nabila memilih bapa tirinya.

Sehubungan itu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menetapkan 16 Januari depan bagi keputusan hakam manakala sebutan semula permohonan nusyuz yang difailkan Sharnaaz pada 25 Februari tahun hadapan.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai perasaanya terhadap Nabila, Pelakon drama Dia Yang Ku Cinta itu menganggap ia sesuatu perkara yang subjektif.

Bagaimanapun, dia menegaskan dirinya sudah mencuba untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

"Sayang atau tidak itu adalah subjektif tapi mempertahankan itu wajib. Sebab mati nanti Allah tanya saya kenapa tak pertahankan, saya dah cuba," ujarnya.

Hak penjagaan anak pasangan ini masih belum ditetapkan.

Sementara itu, Sharnaaz memberitahu dia belum memulakan langkah seterusnya berhubung dengan hak penjagaan anak mereka iaitu Jebat Jayden.

Terdahulu, Sharnaaz telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sharnaaz Ahmad , Noor Nabila

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini