suria

“Saya perlu lepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lain” - Neelofa umum undur diri daripada MeleTop

Neelofa umum undur diri daripada program MeleTop.

PENGACARA MeleTop Neelofa membuat pengumuman untuk mengundur diri dari mengacarakan program itu selepas lapan tahun mengendalikannya bersama pelawak Nabil Ahmad.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, berkata, keputusan itu dibuat berikutan mempunyai rancangan lain dalam kerjayanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa sangkal khabar angin kahwin tahun depan - “Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok bercinta”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sikit lagi nak kena laser... kalau tak, arwah dah Nabil ni” - Penonton teruja Neelofa dan Nabil temu bual BoBoiBoy secara 3D

“Kita mula pada tahun 2012 dan ini tempat saya membesar. Dengan hati yang sangat berat, ini adalah bulan terakhir saya akan bersama dengan MeleTop.

“Thank you so much for everything. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya selama ini. MeleTop sebahagian daripada hidup saya,” ujarnya.

Bulan terakhir Neelofa mengacarakan MeleTop.

Neelofa mengumumkan pengunduran diri menerusi siaran langsung program MeleTop pada Selasa.

Sementara itu, Neelofa berkata, program tersebut memainkan peranan penting dalam kerjayanya sebagai anak seni.

“Terima kasih kepada semua kerana sudi bersama MeleTop selama lapan tahun. Amat susah untuk saya lakukan ini kerana MeleTop telah memainkan peranan dalam kerjaya saya.

“Ia susah dan amat berat untuk saya tetapi saya perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lain,” ujarnya.

Dengan pengumuman tersebut, ia bermakna Neelofa akan mengacarakan program itu buat kali terakhir pada 31 Disember nanti.

Ia susah dan amat berat untuk saya tetapi saya perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lain.

NEELOFA

Pelakon dan pengacara

Sejak mula diterbitkan pada tahun 2012, kehadiran Neelofa sebagai pengacara tetap MeleTop cukup memberi impak yang besar malah penampilannya sepanjang minggu sering mendapat perhatian ramai.

MeleTop merupakan sebuah program hiburan berkonsepkan infotainment yang menghimpunkan liputan berita eksklusif mengenai dunia hiburan tempatan dan antarabangsa.

Program itu dikemudikan oleh pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa dan diterbitkan buat kali pertama pada 30 Oktober 2012 dan sudah pun bersiaran lebih 370 buah episod selama lapan musim berturut-turut sehingga kini.

Neelofa

Artikel Lain