K-Clique diumum Artis Tempatan Paling Banyak Distrim di Spotify Malaysia sepanjang 2019 - Hiburan | mStar

K-Clique diumum Artis Tempatan Paling Banyak Distrim di Spotify Malaysia sepanjang 2019

Tahniah! K-Clique diumum sebagai Artis Tempatan Paling Banyak Distrim pada tahun ini.

KUMPULAN rap yang sedang meningkat naik, K-Clique mencipta rekod peribadi apabila diumum sebagai Artis Tempatan Paling Banyak Dstrim menerusi aplikasi Sportify sepanjang tahun 2019.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, K-Clique yang dianggotai enam anak muda ini berjaya menewaskan penyanyi terkenal Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Manakala, menduduki tangga keempat dan kelima dalam kategori yang sama dipegang oleh SonaOne dan kumpulan baharu Insomniacks.

ARTIKEL BERKAITAN: 36 juta strim Yuna di Spotify sepanjang 2018

Kumpulan rap baharu K- Clique diumum sebagai Artis Tempatan Paling Banyak Distrim 2019.

Sempena kempen 'Spotify Wrapped 2019' aplikasi itu turut menyenaraikan beberapa kategori peringkat antarabangsa .

Kategori Kumpulan Paling Banyak Distrim di Malaysia bagi tahun ini dimiliki oleh kumpulan Korea BTS.

BTS berjaya meraih lebih daripada tiga bilion strim dari peminat seluruh dunia sepanjang tahun 2019.

Malah lagu popular mereka Boy With Luv bersama bintang terkenal, Halsey turut disenaraikan sebagai Lagu K-Pop Paling Banyak Distrim di peringkat global.

BTS mendahului kategori Artis Paling Banyak Distrim secara keseluruhan di Sportify.

Walaupun, trend K-Pop terus mendominasi carta melalui artis-artis seperti BTS dan Blackpink yang memegang gelaran Kumpulan Paling Banyak Distrim di Malaysia, muzik pop arus perdana masih menjadi kegemaran ramai.

Buktinya, Ariana Grande, penyanyi wanita berusia 26 tahun menduduki tempat pertama dalam senarai Artis Wanita Paling Banyak Distrim di Malaysia.

Bagi kategori Artis Paling Banyak Distrim secara keseluruhan turut menyenaraikan BTS, Ariana Grande, Khalid, Ed Sheeran dan Post Malone.

Selain itu, lagu hit Señorita yang dipopularkan oleh Shawn Mendes dan Camila Cabello berjaya menjadi Lagu Paling Banyak Distrim dengan meraih satu bilion strim di Spotify tahun ini.

Spotify , K Clique , Artis

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain