Michael Ang bantah larangan Finas solek pelakon muda jadi tua - “Kenapa tak buat undang-undang pelakon kayu dilarang keluar TV?”

Michael Ang menyuarakan rasa kurang senang dengan peraturan yang ditetapkan.

PENGARAH Michael Ang berpendapat tindakan stesen televisyen dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melarang pelakon muda disolek memegang watak orang tua dalam drama atau telefilem hanya menyekat kebebasan mereka untuk berkarya.

Menurut Michael, keputusan itu dilihat berat sebelah kerana seolah-olah menutup periuk nasi pihak lain dan isu ini sepatutnya dirangka dengan penuh berhemah.

"Sebagai penerbit dan pengarah saya sentiasa memberi ruang untuk pelakon veteran, tapi apabila ada undang-undang macam ini, ia membataskan kita.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelik juga tengok watak anak dengan ibu hampir sebaya” - Netizen sokong Finas larang pelakon muda disolek jadi tua

ARTIKEL BERKAITAN: Michael Ang jadi mangsa santau - “Pukul 2 pagi keluar bintik pada tangan, azan subuh baru hilang”

"Ini bukan cara yang baik untuk selesaikan masalah, dah macam buka periuk nasi orang tapi tutup periuk nasi orang lain pula. Ini bukan situasi menang-menang. Fikir-fikirkanlah! Ini hanya pendapat saya sahaja, jangan kena ban sudah!," katanya.

Pengarah drama Sweet Dreams ini berkongsi pandangannya menerusi Instagram pada Rabu.

Michael Ang menyuarakan pandangan di laman Instagram.

Sebelum itu Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac memaklumkan semua stesen penyiaran bersepakat untuk tidak lagi membenarkan pelakon muda disolek memegang watak orang tua dalam drama atau telefilem terbitan mereka.

Hans berkata syarat baharu yang dikenakan itu bertujuan untuk menjaga hak dan kebajikan artis veteran.

Alang-alang tu kenapa tak buat undang-undang pelakon kayu dilarang keluar televisyen, pelakon cantik dan kacak tak boleh bawa watak buruk atau orang kelainan upaya (OKU)!

MICHAEL ANG

Pengarah

Kenyataan Hans itu menerima pelbagai komen daripada penggiat seni dan netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen bersetuju dengan keputusan tersebut dan berpendapat pemilihan pelakon veteran membawakan watak berusia membuatkan karya tersebut lebih realistik dan bersesuaian.

Michael Ang sentiasa mengutamakan pelakon veteran dalam memilih watak.

Sementara itu, Michael berkata peraturan tersebut turut menyekat kebolehan seseorang pelakon.

Dalam masa sama mencacatkan perjalanan sesebuah drama atau telefilem kerana perbezaan latar masa yang sekaligus berkait dengan usia watak.

"Tak rasa ke peraturan ini macam kawal seseorang pelakon tu punya kebolehan? Katakan watak cerita tu kisah seorang perempuan dari umur 28 tahun ke 60 tahun. Jadi waktu umur 28 hingga 40 tahun pakai pelakon muda, apabila kisah dia (umur) 41 hingga 60 tahun pakai pelakon lain? Like seriously?

"Alang-alang tu kenapa tak buat undang-undang pelakon kayu dilarang keluar televisyen, pelakon cantik dan kacak tak boleh bawa watak buruk atau orang kelainan upaya (OKU)! Pelakon 25 tahun ke atas tak boleh main watak budak sekolah!," ujarnya.

Michael Ang, Finas

Artikel Berkaitan

Artikel Lain