“Silap saya seperti riyak, buat orang salah faham” - Idzham Ismail mengaku salah terlanjur kutuk rakan selebriti - Hiburan | mStar

“Silap saya seperti riyak, buat orang salah faham” - Idzham Ismail mengaku salah terlanjur kutuk rakan selebriti

Status ditulis Idzham di Twitter tidak ditujukan kepada sesiapa.

PELAKON Idzham Ismail menjelaskan status rasa kurang senang terhadap seorang pelakon yang ditulis di laman Twitter baru-baru ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Menurut Idzham, 31, dia hanya berkongsi pengalaman sebagai seorang pelakon dan tidak menyedari luahannya itu akan menjadi perhatian pengguna laman sosial.

"Asalammualaikum... tiada niat saya sebenarnya untuk tuju kepada sesiapa berkenaan tweet saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok anak minta susu pun simpati apatah lagi dengar tangisan didera - Idzham Ismail

"Saya hanya ingin berkongsi pengalaman dan disiplin tentang saya bekerja apabila mendapat watak-watak tertentu.

Idzham menulis status permohonan maaf di laman Instagram.

"Silap saya tanpa saya sedar perkataan yang digunakan seperti riyak dan boleh membuat orang yang membaca salah faham tentang orang lain!," katanya menerusi Instagram.

Pada Jumaat lalu, Idzham meluahkan rasa tidak senangnya dengan kehadiran seseorang dalam industri hiburan tempatan di laman Twitter.

Dengan rendah diri saya ingin meminta maaf diatas perkataan saya di Twitter sampai menyebabkan artikel ini dikeluarkan!

IDZHAM ISMAIL

Pelakon

Dia memuat naik satu status berbentuk sindiran dan menegaskan dunia lakonan bukanlah tempat untuk meraih populariti semata-mata.

Status yang dimuat naik olehnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga menarik perhatian beberapa portal hiburan.

Idzham akan lebih berhati-hati sebelum menulis di laman sosial.

"Orang nak jadi pelakon kau pun nak jadi pelakon, tapi kau tak tahu apa itu pelakon.

"Dapat watak tak kaji, jadi badan beruniform rambut kau macam nak pergi clubbing," tulisnya.

Dalam pada itu, Idzham turut memohon maaf kepada semua pihak di atas keterlanjuran katanya itu dan akan berhati-hati dalam memuat naik sesuatu di laman sosial.

"Dengan rendah diri saya ingin meminta maaf diatas perkataan saya di Twitter sampai menyebabkan artikel ini dikeluarkan.

"Selepas ni saya akan cuba berhati-hati dalam penulisan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak," ujarnya.

Idzham Ismail

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain