suria

“Celah kangkang saya sakit” - Syafiq Kyle malu-malu cerita pengalaman terapung dengan Mimi Lana

Syafiq perlu menahan kesakitan di celah kangkangnya untuk babak terapung.

AKSI terapung bersama aktres Mimi Lana merupakan babak paling sukar dilakukan pelakon Syafiq Kyle menerusi filem terbaharunya, Pusaka.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 27, dia terpaksa menahan sakit di celah kangkangnya disebabkan tali pada jaket pelampung yang dipakai perlu melalui kawasan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle mula ‘bosan’ dengan Mimi Lana - “Kenapa perlu bercinta lagi dalam set drama?”

"Antara semua babak, saya rasa babak ketika saya dan Mimi terapung itu paling mencabar. Celah kangkang saya sakit disebabkan tali yang menampung badan saya.

Syafiq akui babak terapung dengan Mimi antara yang mencabar.

"Babak itu perlu dilakukan berulang kali dan agak lama juga. Jadi, saya perlu fokus pada emosi, raut wajah dan pada masa sama menahan sakit. 

"Bagi saya ia babak yang paling mencabar dalam filem itu. Tapi Alhamdulillah, kami semua berjaya lakukan yang terbaik," kata Syafiq kepada mStar.

Syafiq ditemui ketika Malam Gala filem Pusaka di MBO, The Starling Mall, Petaling Jaya.

Selain Syafiq, filem seram yang akan ditayangkan pada 31 Oktober ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Ogy Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Faizal Hussin dan ramai lagi.

Syafiq pernah ditegur Ogy ketika pertama kali bergandingan dalam drama.

Dalam pada itu, pelakon drama popular Bukan Cinta Aku ini juga berkongsi pengalaman berlakon bersama seniwati Ogy Ahmad Daud buat kali kedua.

"Pertama kali berlakon dengan dia pada awal-awal kemunculan saya di industri pada sekitar 2011. Ketika itu, saya dah pernah kena marah dengan dia.

"Saya ditegur untuk lebih serius dalam lakonan. Jadi, untuk kali kedua ini saya sudah tahu apa yang dia ada dan apa yang dimahukan di lokasi penggambaran.

"Awal-awal lagi saya sudah buat persediaan. Macam pelakon yang lain ada yang tiada pengalaman bekerja dengan kak Ogy mungkin tak buat persediaan dan akan terkejut apabila kena tegur," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain