suria

Kongsi foto boxer pisang ‘Ustaz Hamadi’, Issey mohon maaf terlepas pandang soal aurat

Issey menjelaskan foto dia memakai boxer bercorak pisang sekadar gurauan. FOTO: Instagram @isseyfazlisham

PENYAMPAI radio Suria, Issey Fazlisham menjelaskan foto dia memakai boxer bercorak pisang yang dimuat naik dalam Instagram miliknya adalah sekadar gurauan.

Issey, 32, berkata, dia bagaimanapun tidak menyangka perkara itu akan menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mempersoalkan batas aurat sebagai seorang lelaki melayu beragama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Asalnya bawa boxer labuh warna 'grey' tapi kena tolak”- Azhan Rani kongsi kisah di sebalik boxer pisang

ARTIKEL BERKAITAN: Issey sanggup menduda, belum sedia kahwin lagi

"Sejujurnya sebelum post tu saya tak perasan pun benda tu. Niat saya cuma nak tunjuk boxer itu sama dengan Azhan Rani punya.

"Alang-alang boxer itu tengah viral, saja saya post. Sejujurnya saya sekadar nak bergurau sahaja.

"Tiba-tiba mereka komen mengenai aurat. Saya faham dan mengakui ia salah saya," ujarnya kepada mStar.

Issey ditemui selepas program Suria Belanja Makan di Restoran Rebung Datuk Chef Ismail, Taman Botani, Kuala Lumpur.

Tambah penyanyi Alololo ini, dia teruja untuk berkongsi mengenai boxer bercorak pisang itu selepas ianya menjadi perhatian netizen apabila pelakon drama Nur 2, Azhan Rani melakonkan babak melepaskan nafsu terhadap watak utama Nur lakonan Amyra Rosli.

Antara reaksi netizen terhadap foto boxer bercorak pisang yang dikongsi Issey.

Issey turut meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk bergurau disalah tafsir sesetengah pihak.

"Boxer itu merupakan hadiah farewell masa saya keluar daripada radio di tempat saya bekerja sebelum ini. Mereka kononnya saja nak kenakan saya beli boxer pisang.

"Kalau tengok dekat komen bukan semuanya mengecam saya. Ada yang faham perkara itu dibuat sekadar gurauan.

"Tapi saya faham yang ambil serius perkara itu lebih penting. Saya minta maaf," ujarnya.

Tindakan Issey memuat naik sekeping gambar mampamerkan dia memakai boxer pisang menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang menganggap dia tidak menjaga aurat.

Issey Fazlisham, boxer pisang

Artikel Lain