Sepihan motor masuk mata, buku lali bengkak - Riz Amin dilanggar motor sepupu sendiri - Hiburan | mStar

Sepihan motor masuk mata, buku lali bengkak - Riz Amin dilanggar motor sepupu sendiri

Keadaan mata Riz bengkak selepas terkena sepihan motosikalnya.

PELAKON Riz Amin mengalami kecederaan di bahagian mata kanan dan kedua belah buku lali kakinya akibat kemalangan motosikal pada malam, Khamis lalu.

Riz, 34, berkata motor berkuasa tinggi yang ditunggang sepupunya hilang kawalan menyebabkan pelanggaran berlaku di simpang kawasan perumahannya.

"Mata kanan saya terkena sepihan motor dan kedua belah buku lali pula bengkak teruk disebabkan motor yang ditunggang sepupu langgar bahagian kaki saya.

"Kejadian itu berlaku ketika kami berdua naik motosikal berasingan nak pulang ke rumah selepas minum di kedai kawasan perumahan saya.

Riz cedera akibat motosikal yang ditunggang sepupu melanggar motosikalnya.

"Ada kereta nak keluar simpang dan saya brek mengejut menyebabkan motosikal sepupu hilang kawalan kemudian berlanggar dengan motor saya," kata Riz ketika dihubungi mStar.

Riz diminta mengulas mengenai foto dia dalam keadaan cedera yang dimuat naik di laman Instagram pada Sabtu.

Dalam pada itu, biarpun mengalami kecederaan namun pelakon drama Selafaz Cinta ini tidak pernah menyesal untuk menunggang motosikal selepas ini.

Riz tidak serik untuk menunggang motosikal.

Menurutnya, mata dia sudah beransur pulih selepas menjalani rawatan namun keadaan buku lalinya masih belum sembuh dan perlu melakukan imbasan X-ray.

"Alhamdulillah, keadaan saya semakin pulih. Risau juga tapi nasib baik mata saya pun dah okey dan tak bengkak macam sebelum ini.

"Cuma, bahagian buku lali kedua-dua belah kaki masih lagi bengkak dan sudah menjadi warna biru. Bimbang sekiranya ada retak di dalam.

"Insya-Allah hari ini (Ahad), saya akan melakukan imbasan X-Ray. Kalau nak kata menyesal bawa motor tu, tak juga tapi akan lebih berhati-hati selepas ni," ujarnya.

Riz Amin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain