Siti Elizad berang keretanya dilanggar kerana pemandu main telefon bimbit - Hiburan | mStar

Siti Elizad berang keretanya dilanggar kerana pemandu main telefon bimbit

Kereta Elizad calar disebabkan kecuaian pemandu lain.

PELAKON Siti Elizad meluahkan rasa berang apabila keretanya telah dilanggar oleh pemandu kereta jenis Perdana di bulatan kawasan Shah Alam pada Isnin.

Menurut Elizad, 35, kereta itu menukar lorong secara tiba-tiba dan pemandu itu juga sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu menyebabkan pelanggaran berlaku.

"Saya ni memang sejenis yang jaga barang tapi disebabkan kecuaian orang lain, barang kita pula yang rosak. Jadi, memang sakit hati la bila kereta saya kena langgar.

"Kejadian itu berlaku di bulatan kawasan Shah Alam. Saya nak ke kiri dan kereta itu pun nak ke kiri juga tapi dia boleh tukar lorong secara mengejut tanpa beri isyarat.

Kereta yang dipandu Elizad dilanggar pemandu tidak bertanggungjawab.

"Waktu itu, saya perasan dia sedang bermain telefon sebab itu agaknya tak beri isyarat. Tapi lagi saya marah, dia boleh berlalu pergi tanpa berhenti untuk melihat apa yang terjadi," kata Elizad kepada mStar Online.

Pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin ini diminta mengulas mengenai status di Instastory mengenai keretanya calar disebabkan dilanggar kenderaan lain.

Elizad turut memberitahu kereta tersebut tidak berhenti dan terus berjalan tanpa rasa bersalah selepas melanggar kereta miliknya.

Elizad minta pemandu kenderaan tidak mementingkan diri sendiri di jalan raya.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Dian ini menasihati agar pemandu kenderaan perlu berhati-hati dan jangan bermain telefon bimbit ketika memandu.

"Saya paling tak suka apabila melihat pemandu kereta yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.

"Kalau bawa kereta tu, janganlah main telefon walaupun nak tengok waze atau jalan, berhenti dahulu tepi. Jangan menyusahkan pemandu kenderaan lain," ujarnya.

Siti Elizad

Artikel Lain

Beruang pula masuk kampung