suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fasha dah nak kahwin, Amelina juga mereput menantikan 'Prince Charming'

Fasha Sandha dan Amelina (kanan) berkawan baik. Foto Instagram @amelinaamirsharipuddin

PENYANYI dangdut Amelina berasa sedih apabila rakan baiknya, Fasha Sandha bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dengan aktor Aidil Aziz.

Amelina secara berseloroh memberitahu selepas Fasha berkahwin dia tiada lagi kawan yang memegang status ibu tunggal sepertinya.

"Kak Long tengah sedih ni sebab adik Kak Long seorang ini dah nak kahwin. Ala, Kak Long dah takde geng janda lagi dah," katanya di Instagram.

Amelina gembira Fasha bertemu dengan seorang lelaki yang baik. 

Amelina turut memuat naik video bersama Fasha yang menyanyikan lagu terbaharunya yang berjudul Janda Anak 6.

Dalam pada itu, Amelina berkata, dia bersyukur apabila Fasha dipertemukan dengan lelaki yang baik serta mendoakan kebahagian aktres itu.

"Kak Long juga mereput menanti Prince Charming  tak sampai-sampai," tulisnya lagi.

Fasha dan Aidil dijangka melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan ini di kampung halaman aktres itu di Kangar, Perlis.

Aidil dan Fasha bakal berkahwin hujung bulan ini. 

Pasangan itu juga dijangka mengadakan kenduri kahwin menyambut menantu dengan jemputan 5,000 tetamu di kampung keluarga Aidil di Rembau, Negeri Sembilan pada 6 April ini.

Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Amelina, Fasha Sandha

Artikel Lain