suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ada masa baik dan buruk... Terima kasih sentiasa berada di sisi saya” - Ucapan Yusry buat Lisa Surihani

Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sudah tujuh tahun berkahwin. Foto Instagram @yusryabdulhalim

PADA 23 Februari lalu, genap tujuh tahun pasangan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah ketika itu.

Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka, Yusry dalam ucapan singkatnya kepada Lisa mengucapkan terima kasih kerana sentiasa berada di sisinya dan anak-anak mereka.

Kata Yusry, 46, sepanjang tempoh itu, sudah banyak yang dilalui namun dia bersyukur dapat mengharunginya bersama-sama tidak kira dalam keadaan baik atau pun sukar.

Pasangan ini bersama dua anak mereka, Yahaira Leanna (kiri) dan Yusof Leonne.

"Sayang, sudah tujuh tahun kita bersama. Sudah tentu dalam mana-mana perkahwinan akan ada masa yang baik dan buruk.

"Tetapi melihat kembali, saya sangat bersyukur kita dapat mengharunginya bersama-sama dan bertambah kuat setiap hari.

"Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya dan anak-anak. I love you so much. Selamat Hari Kita 7!," katanya di Instagram.

Lisa, 33 dan Yusry berkahwin pada 23 Februari 2012 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, empat tahun dan Yusof Leonne, dua tahun.

Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani

Artikel Lain