suria

Syafiq Yusof perjelas mengapa 'Misteri Dilaila' ada dua pengakhiran berbeza

Pelakon utama Misteri Dilaila iaitu Zul Ariffin.

PENGARAH Syafiq Yusof mengakui sejak filem terbaharu arahannya, Misteri Dilaila ditayangkan pada 21 Februari lalu dia mendapat banyak pertikaian mengenai perbezaan pendapat tentang pengakhiran jalan cerita naskhah tersebut.

Menjelaskan hal itu, Syafiq, 26, berkata, dia memang sengaja menghasilkan dua pengakhiran berbeza memandangkan konsep tersebut belum pernah lagi ditampilkan dalam mana-mana filem tempatan.

"Saya sebenarnya ingin sahut cabaran untuk mempersembahkan sesuatu yang segar dan lain daripada sebelum ini untuk dihidangkan kepada penonton.

Barisan pelakon Misteri Dilaila yang ditayangkan di pawagam sejak 21 Februari lalu.

"Genre misteri thriller menjadi pilihan utama saya untuk muncul dengan konsep ini kerana ia memberi peluang untuk saya mengembangkan jalan cerita dan karakter dengan lebih dramatik dan kreatif," katanya.

Misteri Dilaila menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Nam Ron dan Mas Khan.

Filem terbitan Astro Shaw dan Skop Productions ini ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 21 Februari  lalu.

Dalam pada itu, Syafiq berharap dengan kaedah itu dia dapat membantu filem daripada genre itu mendapat lebih perhatian oleh penggemar filem tanah air sama seperti aksi dan seram.

Syafiq Yusof, Misteri Dilaila

Artikel Lain